Dah lama saya tak menulis di blog kesayangan saya nie. Niat nak berblog tu memang ada cuma masa tak mengizinkan. Hari nie nak cerita tentang percutian kami di Pulau Pangkor. Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 8.30 pagi melalui banyak tempat saya pun ingat-ingat lupa sebab saya memang jarang menuju ke arah utara kerana rumah emak saya dan En. Suami arah selatan. Yang saya ingat kami lalu Tanjung Karang, Sungai Besar, dan Sekincan. Alhamdullilah sepanjang perjalanan cuaca sangat baik. Seronok rasanya dapat menikmati pemandangan yang berbeza iaitu daripada kawasan pokok kelapa sawit, Pokok Getah, Pokok Kelapa, Pokok Tebu, Pokok Pisang dan akhirnya permandangan yang begitu indah iaitu sawah padi. Kami sampai di jeti lumut pukul 12.30 dan seterusnya kami parking kereta di tempat parking kereta yang dikhaskan berbumbung harganya untuk 3 hari 2 Malam RM14.00. Setelah itu kami menjamu selera di jetty sahaja sementara menunggu feri yang akan bergerak pukul 1.45 petang. Saya bawa bekal dari rumah iaitu nasi impit, rendang daging (habiskan daging korban raya haji) dan kuah lodeh. Tapi sayang kuah lodeh yang saya bawa tak dapat dimakan kerana kuahnya sudah masam. Lain kali kalau nak jalan jauh tak boleh bawa makanan yang bersantan kerana cepat basi. Setelah selesai makan tengahari kami menuju ke kaunter tiket feri yang dikhaskan untuk penumpang ke Pangkor Island Beach Resort. Harga tiket RM12.00 untuk dewasa dan RM9.00 untuk kanak-kanak. Dari Jeti Lumut untuk sampai ke Jeti Pangkor Island Beach Resort mengambil masa lebih kurang 30 minit. Semasa perjalanan di dalam feri menuju ke Pangkor Island Resort kami dapat melihat kapal-kapal TLDM Lumut yang besar dah Indah. Sampai di Jeti Pangkor Island Beach Resort kami dibawa Bas yang dikhaskan untuk ke hotel. Cantik sungguh pemandangan sekitar hotel dan pantainya yang sungguh bersih dan indah. Ramai pengunjung yang datang maklumlah cuti sekolah. Kami terus menuju ke bilik berehat dan solat. Pada sebelah petang aktiviti yang dinanti-nanti oleh anak-anak iaitu mandi kolam. Lepas puas mandi kolam kami semua menuju ke pantai untuk bermain-main pasir dipantai dan mandi laut. Kami bercadang untuk makan malam diluar tetapi teksi untuk keluar ada setakat pukul 9.00. Malamnya kami Dinner secare buffet di Hornbill Restaurant di hotel sahaja. Pilihan makanannya sangat banyak dan semuanya nyum...nyum sedap. Selesai Dinner kami jalan-jalan di sekitar kawasan hotel kalau nak tengok Live Band pun boleh kena bayarlah. Ada tempat permainan di disediakan oleh pihak hotel antaranya pool dan pingpong. Kami terus menuju ke bilik untuk tidur kerana semuanya sudah penat.
Wednesday, December 23, 2009
Thursday, December 3, 2009
Puisi "KEKASIH" yang dipersembahkan oleh Puan Norlin
KEKASIH
Akan kupintal buih-buih
menjadi tali
mengikatmu
akan kuanyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan
ranjang tidurmu
Akan kutenun awam-gemawan
menjadi selendang
menudungi rambutmu
Akan kujahit bayu gunung
menjadi baju
pakaian malammu
Akan kepetik bintang timur
menjadi keronsang
menyinari dadamu
Akan kujolok bulan gerhana
menjadi lampu
menyuluhi rindu
Akan kurebahkan matari
menjadi laut malammu
menghirup sakan madumu
Kekasih, hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dari syurga ilusi.
~ USMAN AWANG ~
Subscribe to:
Posts (Atom)