Wednesday, January 13, 2010

Rindu nak tulis blog sendiri

Dah lama tak update blog nie rindu sangat. Sekarang nie memang sibuk sangat pagi-pagi bangun pukul 5.30 mandi, sembahyang, buat sarapan (azam baru he..he..) dan siap-siap nak gie ofis. Tak sempat nak mandikan dan siapkan anak-anak nak pergi sekolah. Keluar rumah anak-anak masih tidur lagi. Alhamdullillah ada maid boleh tolong uruskan. Keluar rumah pukul 6.30 bawa kereta En. Suami kat sebelah masih tak cekap lagi bawak sorang-sorang (bilalah agaknya nak cekap bawak sorang). Sampai ofis pukul 7.05 sebenarnya masuk kerja pukul 9.00 lamakan nak tunggu. kadang-kadang tido kejap sementara tunggu pukul 9.00. Kena sampai ke ofis cepat kerana En. Suami kerja kat Putrajaya masuk pukul 8.00 pagi. Lepas hantar saya En. Suami terus ke Putrajaya. Balik pula En. Suami datang dari Putrajaya keluar pukul 5.00 petang sampai PNB lebih kurang pukul 6.15. Kami terus bergerak balik rumah di cheras biasalah petang-petang jalan raya mesti jem teruk. Sampai rumah pukul 7.30 malam. Terus mandi, sembahyang dan masak untuk makan malam. Masak untuk makan malam pun menggambil masa siap lebih kurang pukul 9.00. Terus makan. Lepas makan kena tengok kerja sekolah anak-anak. Zaman sekarang budak sekolah rendah pun banyak kerja sekolah. Azam tahun baru tak nak tengok TV waktu hari persekolahan hendak tumpukan perhatian kepada segala urusan berkaitan persekolah anak-anak.

5 comments:

DJ said...

diary seorang ibu berkerjaya :-)
mmg mencabar kan aktiviti kt hari2 kin...cuma sy nasib baik sket sebb mlm tak masak...

keluargaku syurgaku said...

Azula memang tulah rutin harian kalau bekerja tapi tak apa. Zula kalau hari cuti awak rajin masak best-best.

DJ said...

sebb hari biasa sy tak masak, so hari sabtu aje hari saya nak mentry resepi...hari ahad hari makan kat luar..hehe

ZERO VENDETTA said...

waa en.suami dh ada kt sini,bestlah tak jauh lg ;) Oo tula ada azam baru,bagus2 utk suami dan anak2

keluargaku syurgaku said...

Azula hari ahad jalan-jalan cari makan bestnya...........

Ayu azam baru tu kena kuat semangat dan kena buktikannya he..he..he..