Semenjak saya tengok henpon nie kat blog azula saya dah macam verangan dan berkenan je dengan henpon Nokia E71. Henpon nie ada 3G dan GPRS. Boleh tak En. Suami tengokkan harga henpon nie kat Dubai. Saya nak bandingkan harga mana lagi murah kalau kat sana murah nak minta En. Suami belikan boleh ke sayang?. Terima kasih ya azula saya "copy & paste" kat blog awak pulak.Friday, October 16, 2009
Henpon Nokia E71
Semenjak saya tengok henpon nie kat blog azula saya dah macam verangan dan berkenan je dengan henpon Nokia E71. Henpon nie ada 3G dan GPRS. Boleh tak En. Suami tengokkan harga henpon nie kat Dubai. Saya nak bandingkan harga mana lagi murah kalau kat sana murah nak minta En. Suami belikan boleh ke sayang?. Terima kasih ya azula saya "copy & paste" kat blog awak pulak.Thursday, October 15, 2009
Jemputan Hari Raya Bahagian Harta dan MSAM
Seronoknya hari nie dapat jemputan hari raya dari Bahagian Harta dan MSAM. Kenapa seronok sebabnya dapat makan free. Biasalah setiap tahun setiap jabatan yang ada di PNB akan mengadakan majlis rumah terbuka aidilfitri. Pelbagai makanan yang dihidangkan tetapi lemang ketupat dan rendang wajip ada dah pun jamuan untuk hari rayakan. Di Bahagian Harta saya makan nasi dagang dan di MSAM saya makan nasi putih lauk-lauk kampung sedapnya.
Wednesday, October 14, 2009
Jemputan Rumah Terbuka dan Makan Di Restoran
Hari ini 15.10.2009 jam 12.30 tengahari saya dapat jemputan ke rumah terbuka aidilfitri Jabatan Perolehan. Jabatan Perolehan merupakan jabatan pertama tempat saya mula bekerja kat PNB tahun 1997. Terlalu banyak kenangan yang sukar saya lupakan sepanjang saya berkhidmat di Jabatan Perolehan. Banyak juadah yang sedap-sedap dihidangkan tapi yang paling special ialah yong tau fu. Selepas itu saya ke Restoran Minmax di PNB Darby Park kerana ada jamuan perpisahan untuk sarah (adik praktikal) yang akan berakhir esok jumaat 16.10.2009 sedihnya hu..hu.... Sarah banyak menolong saya sepanjang dia membuat latihan praktikal. Hari ini kak tini belanja kami semua. Saya rasa dah banyak dan pelbagai makanan saya makan hari ini. Saya pun sudah banyak kali makan Dim Sum di Restoran Minmax. Kalau ada sesiapa yang suka makan Dim Sum boleh mencubanya di Restoran Minmax PNB Darby Park kerana sedap dan harganya sangat berpatutan.
Tuesday, October 13, 2009
Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Undang-Undang
iaitu Rakan Sekerja Di Jabatan Undang-Undang
Hari Isnin 12.10.2009 Jabatan Undang-Undang iaitu jabatan tempat saya bekerja di PNB mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri. Perancangan rapi telah dibuat seawal puasa lagi. Kesemua rakan sekerja, puan dan adik praktikal (sarah) bersatu hati di dalam menguruskan agihan tugas yang telah diberikan. Jamuan rumah terbuka kami buat secara besar-besaran kerana tetamu yang dijemput pun ramai 100 lebih. Hampir kesemua tetamu yang diundang hadir meriahkan majlis kami. Menu makanan yang dihidangkan pun ada bermacam-macam jenis antaranya nasi tomato, ayam masak merah, daging rendang, dalca, papedom, soto (special sebab bos masak sendiri), speggeti, lemang, sate, agar-agar, pelbagai jenis kek, buah anggur dan buah oren. Menu utama iaitu set nasi tomato adalah caterer yang sama untuk majlis makan-makan di rumah saya iaitu Mawar Cafe & Catering. Hiasan untuk majlis rumah terbuka jabatan undang-undang kami buat dengan cantik sekali siap bos sponser bunga-bunga segar. Di akhir majlis kami semua rasa sangat gembira dan teruja kerana dapat menjayakan majlis rumah terbuka aidilfitri Jabatan Undang-Undang dengan jayanya.
Monday, October 12, 2009
Makan-Makan 10.10.2009
Bubur merah putih
Alhamdullillah akhirnya tercapai hajat saya untuk mengadakan majlis makan-makan untuk jiran-jiran dan kawan-kawan dikawasan perumahan saya. Hari sabtu 10.10.2009 saya mengadakan majlis makan-makan sempena hari raya aidilfitri bermula pukul 1.00 tengahari. Alhamdullillah semuanya berjalan lancar. Untuk pengetahuan saya menempah makanan untuk tetamu yang datang. Makanan yang saya tempah semuanya sedap. Antara menu makanan yang saya tempah ialah Nasi Hujan Panas, Ayam Masak Merah, Rendang Daging, Dalca Sayur dan Papedom. Kalau ada sesiapa berminat dan berhajat untuk menempah makanan boleh tempah di Mawar Cafe & Catering No. Telefon 03-41089306 atau H/P 016-6805588 promote sikit. Ada juga makanan yang saya masak sendiri iaitu bubur merah putih. Antara juadah lain yang saya hidangkan ialah lemang, kuih raya, kek lapis masam manis, kek buah dan buah tembikai. Keluarga kakak ipar dan adik-adik ipar juga turut sama hadir memeriahkan majlis makan-makan di rumah saya.
Thursday, October 8, 2009
Rumah Terbuka Aidilfitri PNB Darby Park
Hari ini 8.9.2009 dapat jemputan untuk menghadiri rumah terbuka aidilfitri di PNB Darby Park. Saya bersama-sama dengan rina, kak du dan kak mid pergi menjamu selera di PNB Darby Park. Ramai betul tetamu yang datang. Semua makanan yang dihidangkan sedap-sedap belaka. Ada artis yang turut sama menghiburkan tetamu antaranya AC Mizal dan Isma AF7.
Subscribe to:
Posts (Atom)