Dah lama saya tak menulis di blog kesayangan saya nie. Niat nak berblog tu memang ada cuma masa tak mengizinkan. Hari nie nak cerita tentang percutian kami di Pulau Pangkor. Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 8.30 pagi melalui banyak tempat saya pun ingat-ingat lupa sebab saya memang jarang menuju ke arah utara kerana rumah emak saya dan En. Suami arah selatan. Yang saya ingat kami lalu Tanjung Karang, Sungai Besar, dan Sekincan. Alhamdullilah sepanjang perjalanan cuaca sangat baik. Seronok rasanya dapat menikmati pemandangan yang berbeza iaitu daripada kawasan pokok kelapa sawit, Pokok Getah, Pokok Kelapa, Pokok Tebu, Pokok Pisang dan akhirnya permandangan yang begitu indah iaitu sawah padi. Kami sampai di jeti lumut pukul 12.30 dan seterusnya kami parking kereta di tempat parking kereta yang dikhaskan berbumbung harganya untuk 3 hari 2 Malam RM14.00. Setelah itu kami menjamu selera di jetty sahaja sementara menunggu feri yang akan bergerak pukul 1.45 petang. Saya bawa bekal dari rumah iaitu nasi impit, rendang daging (habiskan daging korban raya haji) dan kuah lodeh. Tapi sayang kuah lodeh yang saya bawa tak dapat dimakan kerana kuahnya sudah masam. Lain kali kalau nak jalan jauh tak boleh bawa makanan yang bersantan kerana cepat basi. Setelah selesai makan tengahari kami menuju ke kaunter tiket feri yang dikhaskan untuk penumpang ke Pangkor Island Beach Resort. Harga tiket RM12.00 untuk dewasa dan RM9.00 untuk kanak-kanak. Dari Jeti Lumut untuk sampai ke Jeti Pangkor Island Beach Resort mengambil masa lebih kurang 30 minit. Semasa perjalanan di dalam feri menuju ke Pangkor Island Resort kami dapat melihat kapal-kapal TLDM Lumut yang besar dah Indah. Sampai di Jeti Pangkor Island Beach Resort kami dibawa Bas yang dikhaskan untuk ke hotel. Cantik sungguh pemandangan sekitar hotel dan pantainya yang sungguh bersih dan indah. Ramai pengunjung yang datang maklumlah cuti sekolah. Kami terus menuju ke bilik berehat dan solat. Pada sebelah petang aktiviti yang dinanti-nanti oleh anak-anak iaitu mandi kolam. Lepas puas mandi kolam kami semua menuju ke pantai untuk bermain-main pasir dipantai dan mandi laut. Kami bercadang untuk makan malam diluar tetapi teksi untuk keluar ada setakat pukul 9.00. Malamnya kami Dinner secare buffet di Hornbill Restaurant di hotel sahaja. Pilihan makanannya sangat banyak dan semuanya nyum...nyum sedap. Selesai Dinner kami jalan-jalan di sekitar kawasan hotel kalau nak tengok Live Band pun boleh kena bayarlah. Ada tempat permainan di disediakan oleh pihak hotel antaranya pool dan pingpong. Kami terus menuju ke bilik untuk tidur kerana semuanya sudah penat.
Wednesday, December 23, 2009
Thursday, December 3, 2009
Puisi "KEKASIH" yang dipersembahkan oleh Puan Norlin
KEKASIH
Akan kupintal buih-buih
menjadi tali
mengikatmu
akan kuanyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan
ranjang tidurmu
Akan kutenun awam-gemawan
menjadi selendang
menudungi rambutmu
Akan kujahit bayu gunung
menjadi baju
pakaian malammu
Akan kepetik bintang timur
menjadi keronsang
menyinari dadamu
Akan kujolok bulan gerhana
menjadi lampu
menyuluhi rindu
Akan kurebahkan matari
menjadi laut malammu
menghirup sakan madumu
Kekasih, hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dari syurga ilusi.
~ USMAN AWANG ~
Monday, November 23, 2009
Sambutan hari Lahir Nur Dini binti Norishak Yang Ke 4 Tahun
Saya memang dah lama rancang untuk membuat majlis sambutan hari lahir Dini. Hari Jumaat lepas balik dari kerja saya mengadakan majlis sambutan hari lahir Dini di rumah untuk kami sekeluarga sahaja. Dini merupakan peminat setia Kartun Dora hari-hari mesti tengok kartun Dora kat TV9. Semuanya Dora bekas air Dora baju pun nak baju Dora. Nasib baik En. Suami dah belikan baju Dini kat Dubai. Harga baju Dora bukannya murah ada jual kat Mother Care. Untuk kek pula saya tempah dari kak Misleha sebabnya kak Mis pandai buat kek Kartun Dora. Dah tanya orang lain semua tak sanggup nak deko kek kartun dora. Semua barang hiasan dan permainan untuk birthday Dini saya beli di L Mart Ampang Park. Banyak barang untuk birthday party disitu. Saya juga membeli KFC untuk kami semua menjamu selera. Buat Dini "Mama ucapkan Selamat Hari Lahir Sayang Dini".
Tuesday, November 17, 2009
Selamat Hari Lahir Nur Dini binti Norishak
Dini 2 TahunHari ini 20.11.2009 adalah hari lahir Nur Dini binti Norishak anak saya yang No. 2. yang ke 4 tahun. Kenangan kelahiran Dini dimuka bumi ALLAH ini tak pernah saya lupakan iaitu satu peristiwa yang penuh keajaiban. Biarpun ketika mengalaminya terasa perit, namun selepas semuanya berlalu ia menjadi kenangan manis untuk dikenang. Semasa saya disahkan mengandung anak ke 2 anak pertama saya sudah berumur 3 tahun. Alhamdullillah Nina dah cerdik dah pandai bawa diri sendiri. Ketika awal kehamilan anak ke 2 juga En. Suami mendapat tawaran kerja di Luar Negara iaitu Sudan. Tapi Alhamdullilah apabila kandungan saya masuk bulan ke 6 En. Suami sudah kembali semula ke Malaysia. En. Suamilah yang menemankan saya menjalani check up bulanan dan seterusnya mingguan Di Ampang Puteri Specialist Hospital. Sepanjang kehamilan anak yang kedua ini saya tak menghadapi apa-apa masalah yang serius. Tapi seperti anak pertama tekanan darah saya tidak stabil. Ketika kandungan saya masuk bulan ke 8 saya telah ditahan di hospital kerana tekanan darah saya tinggi. Seperti biasa dah kena tahan kat hospital saya sentiasa di moniter oleh jururawat2 dan doktor yang sangat baik hati. Tapi saya tak suka kena duduk hospital nie hu..hu..hu.... sedihnya. Hari-hari En. Suami dan Nina datang melawat saya kat hospital. Setelah 4 hari saya ditahan dihospital saya mendapat berita gembira bahawa saya dibenarkan pulang esok harinya. Kuasa Allah menentukan segalanya malam tu saya sakit perut tak dapat tidur. Saya ada memberitahu jururawat tapi dia mengatakan saya salah makan. Saya berasa sedikit lega apabila asyik berulang ke tandas tak ingat berapa kali banyak rasanya he..he.... Tapi selepas saya ke tandas sakit tu tak juga hilang-hilang. Saya cuba nak tidur tapi sakit juga. Dalam pukul 3.00 pagi saya rasa bertambah sakit. Saya panggil jururawat dah memaklumkan saya dah tak tahan sakit. Jururawat pun segera memasang alat untuk monitor jantung bayi di perut saya tapi saya dah tak boleh duduk diam. Jururawat pun dah panik dah teruk check pintu rahim saya. Ya ALLAH rupanya kepala bayi dah nak keluar. Ketika itu juga saya terus rasa sakit nak bersalin. Sempat lagi telefon En. Suami suruh datang dengan segera. Dalam keadaan kelam kabut tu saya terus ditolak ke Labour Room dengan katil tempat saya tidur tu juga. Ketika ini saya dah tak sedar apa dah. Alhamdullilah apabila saya sedar saya telah selamat melahirkan seorang puteri dan En. Suami dah ada disebelah saya menemani saya ketika itu. Rupa-rupanya ketika saya bersalin saya di sambut oleh seorang doktor lelaki tak salah saya doktor Marlik ini kes ON CALL la. Doktor Fauziah tak dapat datang kerana out station. Tak apalah ini dinamakan darurat. Sebenarnya ketika saya sakit tu saya tak dapat bayangkan sakit nak bersalin kerana anak pertama saya telah diinduce. Lagipun tarikh bersalin saya ada lagi sebulan. Puteri ke 2 saya lahir pukul 3.34 pagi dengan berat 2.98 pada tarikh 20.11.2005. En. Suami yang memberikan nama kepada puteri kami iaitu NUR DINI BINTI NORISHAK yang membawa maksud cahaya keagamaan. Mama dan baba sentiasa berdoa semoga Nur Dini menjadi anak yang Solehah berjaya didunia ini dan jua di akhirat Amin. Mama dan Baba Sayang Dini.
Monday, November 16, 2009
Dua orang anak dara saya dahi bertanda
Peristiwa ini telah lama berlaku tapi tetap akan saya ingati sampai bila bila-bila pun. Peristiwa yang ke dua mengenai anak saya yang ke dua iaitu Nur Dini binti Norishak. Peristiwa ini berlaku ketika Dini dibawah jagaan Nurseri di taman kami. Bukan tujuan saya untuk memburukkan sesiapa tetapi ada perkara yang menyebabkan saya tidak puas hati. Apa yang pihak Nurseri ceritakan ada dua orang budak kecil telah mengangkat Dini lalu terjatuh dan dahinya terkena bendul simen. Kalau perasan di gambar No. 2 iaitu gambar Nina yang tengah duduk tu ada pembahagi lantai diantara dapur dan hall yang tidak sama. Disitulah tempat Dini jatuh sehingga dahinya terbelah. Pihak Nurseri langsung tidak menelefon kami tentang peristiwa ini. Ketika pulang dari kerja baru kami perasan yang dahi Dini bertampal. Kata pihak Nurseri dia telah bawa Dini ke Klinik berhampiran doktor hanya menampal dahinya yang terbelah itu. Tetapi apabila malam ketika tidur saya perasan yang dahi yang terbelah itu terbuka semula. Malam itu juga kami membawa Dini ke Gleneagles. Sampai di Gleneagles doktor memaklum dahi Dini perlu dijahit kerana luka di dahi Dini sebenarnya dalam. Dini terus dibius dan malam itu juga dahi Dini dijahit oleh doktor pakar. 12 jahitan telah dijahit di dahi Dini. Malam itu juga kami dibenarkan pulang kerumah. Kalau dah besar nanti Dini fahamlah kenapa dahinya bertanda bila baca blog Mama.
Cahaya Cinta
Dia telah telah menentukannya
Kita Bertemu dan bercinta
Inilah oh takdirnya
Bukan kerana harta
Inilah citra cahaya cinta
Pintu hatiku telah kau buka
Tak mampu ku menafikannya
Kejujuran diberi
Kasih datang terhenti
Ini bahagia yang ku cari
Sayangi daku
Peluklah daku
Janji dengan ku
Semai cinta nan satu
Tuhan menguji
Takkan berhenti
Hanya ku pinta
Sama setia menjaga
Hingga ke alam SYURGA
Kita Bertemu dan bercinta
Inilah oh takdirnya
Bukan kerana harta
Inilah citra cahaya cinta
Pintu hatiku telah kau buka
Tak mampu ku menafikannya
Kejujuran diberi
Kasih datang terhenti
Ini bahagia yang ku cari
Sayangi daku
Peluklah daku
Janji dengan ku
Semai cinta nan satu
Tuhan menguji
Takkan berhenti
Hanya ku pinta
Sama setia menjaga
Hingga ke alam SYURGA
Monday, November 9, 2009
Peminat Minyak Wangi II
Inilah semua minyak wangi yang saya minta En. Suami belikan. Terima kasih banyak buat En. Suami tercinta I LOVE YOU VERY MUCH.
TIP PILIH MINYAK WANGI IDEAL
1. Ketahui fungsi minyak wangi iaitu daripada jenis Eau de Parfum (minyak) atau Eau de Toilette
2. Eau de Parfum lebih bertahan lam berbanding Eau de Toilette.
3. Bau haruman pada botol tidal semestinya sama selepas anda memakainya. Sebaiknya, sembur haruman pada kertas atau di pergelangan tangan untuk mendapat pengesahan.
4. Biarkan beberapa minit untuk mendaptkan bau sebenar meresap lalu dipastikan serasi tau tidak.
5. Sembur minyak wangi pada pergelangan tangan, bahagian nadi dan leher untuk memastikan haruman tahan lama dan merebak.
6. Tidak semestinya haruman yang dipakai orang lain sama kesannya dengan anda kerana faktor biologi dan hormon badan manusia.
7. Hidu biji kopi andai anda ingin segera menghilangkan bau haruman dan mencuba haruman lain.
8. Ada minyak wangi menjanjikan haruman berkekalan sehinga lapan jam apabila disembur. Secara purata kesan bau haruman mampu bertahan empat jam.
9. Usah terburu-buru membuat keputusan untuk membeli minyak wangi. Anda dibenarkan untuk menghidu pelbagai haruman mengikut cita rasa.
10. Akhir sekali, jangan malu mendapatkan bantuan jurujual untuk memperoleh lebih banyak maklumat mengenai sesuatu produk.
KATEGORI HARUMAN
Bunga-bungaan - Unsur bunga banyak berkait rapat dengan feminin dan elemen romantis.
Buah - Campuran ekstrak buah pilihan sesuai untuk membangkitkan unsur segar dan hangat.
Lautan - Eleman sintetik dan bau alam menjanjikan haruman tahan lebih lama.
Kehijauan - Unsur segar yang memberi inspirasi haruman alam semula jadi.
Orential- Erotik dan seksi mengandungi bau-bauan seperti vanila, kasturi, rempah dan bunga-bungaan.
Tumbuhan kayu - Inspirasi unsur alam - haruman ini kaya dengan bau kulit kayu dan tumbuhan tropika.
Subscribe to:
Posts (Atom)