Ini anak sulung saya Nur Husnina binti Norishak. Peristiwa ini berlaku ketika saya berpantang anak ke 3 dikampung saya. Semasa di kampung Nina suka sangat main lari-lari maklumlah rumah kampung luas. Entah macam mana seronok sangat main lari-lari Nina terjatuh dan dahinya terlanggar bendul simen. Lukanya tidaklah serius sangat. Baba dia aje yang jadi doktor tolong bersihkan luka dan tampal dengan pembalut. Tapi sampai sekarang tanda kat dahi Nina masih ada walaupun sikit ajelah.
Peristiwa ini telah lama berlaku tapi tetap akan saya ingati sampai bila bila-bila pun. Peristiwa yang ke dua mengenai anak saya yang ke dua iaitu Nur Dini binti Norishak. Peristiwa ini berlaku ketika Dini dibawah jagaan Nurseri di taman kami. Bukan tujuan saya untuk memburukkan sesiapa tetapi ada perkara yang menyebabkan saya tidak puas hati. Apa yang pihak Nurseri ceritakan ada dua orang budak kecil telah mengangkat Dini lalu terjatuh dan dahinya terkena bendul simen. Kalau perasan di gambar No. 2 iaitu gambar Nina yang tengah duduk tu ada pembahagi lantai diantara dapur dan hall yang tidak sama. Disitulah tempat Dini jatuh sehingga dahinya terbelah. Pihak Nurseri langsung tidak menelefon kami tentang peristiwa ini. Ketika pulang dari kerja baru kami perasan yang dahi Dini bertampal. Kata pihak Nurseri dia telah bawa Dini ke Klinik berhampiran doktor hanya menampal dahinya yang terbelah itu. Tetapi apabila malam ketika tidur saya perasan yang dahi yang terbelah itu terbuka semula. Malam itu juga kami membawa Dini ke Gleneagles. Sampai di Gleneagles doktor memaklum dahi Dini perlu dijahit kerana luka di dahi Dini sebenarnya dalam. Dini terus dibius dan malam itu juga dahi Dini dijahit oleh doktor pakar. 12 jahitan telah dijahit di dahi Dini. Malam itu juga kami dibenarkan pulang kerumah. Kalau dah besar nanti Dini fahamlah kenapa dahinya bertanda bila baca blog Mama.
3 comments:
kesian nina...tp biasala budak2. bab dini tu lain sikit...geram pulak mendengornya...sabor jela skin
kin, alia pun ada tanda dahi...jatuh kat taska gak. tapi kes alia ni ok lah sebb owner taska tu bgtau awal2 anak kita jatuh masa main, mintak kebenaran nak bwk gi klinik.
Najeb yalah nina ok le jatuh depan mata yang Dini tu memang ingatlah sampai bila-bila pun.......
Azula yang kita frust tu sebab tak beritahu dari awal lepas tu terus tukar taska lain.
Post a Comment