Wednesday, October 28, 2009

Lunch Department at Benkay Japanese Restaurant, Hotel Nikko

Benkay Japanese Restaurant


Hiasan Meja

Set pilihan saya "Assorted Tempura" nyum..nyum


Siapa suka makan sashimi

Bergambar dulu sebelum makan

Semalam hari Rabu 28.10.2009 ada lunch department di Benkay Japanese Restaurant di Hotel Nikko. Semua rakan sekerja ada kecuali Natrina dia MC. Biasalah tempat makan mahal-mahal macam nie mestilah Bos yang belanja. Terima kasih banyak Puan Norlin. Nama pun restoren jepun maka menu makanan yang akan dihidangkan semua stail jepun le. Sesiapa yang suka makan makanan jepun bolehlah cuba menu-menu yang ada di restoren nie harganya boleh dikatakan mahal juga. Kalau setakat tempura saya boleh makan tapi kalau sashimi tu memang saya tak lalu nak makan dan tak pernah rasa nak cuba pun.

Tuesday, October 27, 2009

Anak Nak Exam Mama Yang Terlebih Susah Hati

Minggu nie semua sekolah rasanya dah mula mengadakan peperiksaan akhir tahun. Anak saya nina akan menduduki exam Sekolah Agama Kafa mulai Khamis 29/10/2009, Jumaat 30/10/2009 dan berakhir Isnin 2.11.2009. Sementara Sekolah Kebangsaan bermula dari Selasa 3/11/2009 sehingga Isnin 9/11/2009.
Saya tetap berdoa, memohon dan merayu kepada ALLAH agar segala-galanya dipermudahkan untuk Nur Husnina Binti Norishak dalam menjalani exam itu nanti. Semoga diterangkan hati, diberikan kemudahan menjawab setiap kertas peperiksaan dengan cemerlang dan gemilang. Semoga nina berjaya dengan lebih cemerlang lagi nanti.... Insyaallah.

Thursday, October 22, 2009

Kedai Bake With Yen Chow Kit

Macam-macam corak kotak kek cantik


Muffin Cups & Cups Cakes


Loyang Kek & Kuih

Sempat lagi ambil gambar


Nie aje yang dibeli

Waktu rehat tenggahari tadi saya bersama-sama kak tini, rina dan kak du pergi ke chow kit. Rasanya dah lama betul saya tak pergi ke chow kit last pergi pun dah tak ingat bila. Bila sebut Chow Kit teringat zaman bujang masa menyewa rumah kat Jalan Raja Alang. Selalu juga pergi chow kit untuk membeli barang-barang keperluan rumah tak rasa takut pun masa tu. Tapi sekarang nie kalau nak ke chow kit sorang-sorang tidaklah rasanya. Tujuan kami pergi ke chow Kit adalah untuk membeli barang-barang membuat kek. Sekarang nie semua orang tengah bersemangat nak buat kek. Ini adalah kerana kejayaan rina telah menghasilkan sebiji Cheese Kek Oreo yang sangat lazat. Semua orang minta resepi dia. Maka kami semua ke chowkit mencari barang-barang keperluan membuat Cheese Kek. Banyak betul barang-barang untuk membuat kek dan kuih raya yang boleh diborang disini. Harganya pun murah dan sangat berpatutan. Tokey jual kek mesti borong barang kat sini. Saya hanya membeli Muffin Cups, Chocolate Muffin Mix dan Moist Chocolate Mix. Saya nak cuba buat muffin dulu. Resepinya senang aje ikut kat bungkusannya sahaja.

Sunday, October 18, 2009

Menghadiri 2 Majlis Perkahwinan

Ida, Bibik Baru, Saya, Kak Ema, Anak kak Ema


Hezla, Kak Ema, Saya, Ida dan anak-anak

Bersama dengan Ida

Perkahwinan Muhib & Pasangan

Perkahwinan Hassan & Maszlin

Hari Ahad 18.10.2009 saya telah menghadiri 2 majlis perkahwinan serentak. Kami konvoi beramai-ramai sebanyak lima buah kereta pergi menghadiri majlis perkahwinan kawan En. Suami yang sama-sama bekerja di Dubai dan Abu Dhabi. Kenduri yang pertama kami pergi ke Majlis perkahwinan Hassan & Maszlin yang terletak di Felda Bukit Ceraka. Jauh jugak tempat nie rupanya. Seterusnya setelah kenyang menjamu selera dan bergambar kami menuju pula ke Kapar. Di Kapar adalah perkahwinan Muhib & Pasangannya. Kedua-dua pengantin adalah bertemakan warna oren macam berjanji je mereka ini. Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada kedua-dua pasangan pengantin.

Sambutan Hari Raya Pangsapuri Waja 2009












Pada hari sabtu 17.10.2009 satu majlis sambutan hari raya 2009 diadakan di kawasan perumahan saya iaitu Pangsapuri Waja , Taman Tun Perak, Cheras. Persatuan penduduk di sini memang aktif . Pelbagai aktiviti diadakan contohnya sukan, kelas erobik wanita sahaja dan panjat gunung. Bayaran RM30.00 dikenakan kepada satu keluarga yang ingin menyertai majlis hari raya tersebut. Pelbagai makanan yang disediakan semuanya dimasak secara bergotong-royong ada yang mengunakan kayu api. Seronok dapat dirasakan semangat kejiranan. Antara juadah yang disediakan adalah lemang memang sedap fresh lagi sebabnya pagi masak malam makan sedapnya. Ada nasi impit, kuah kacang, mee kari, rendang ayam nogori sembilan, agar-agar dan kek coklat yang disponser. Semua makanan lazat-lazat belaka. Acara dimulakan pada pukul 9.00 malam dengan bacaan doa dan seterusnya makan-makan la. Terasa sungguh kemeriahan menyambut hari raya bersama dengan jiran-jiran dikawasan perumahan kami. Ada juga pertunjukan bunga api.

Friday, October 16, 2009

Henpon Nokia E71

Semenjak saya tengok henpon nie kat blog azula saya dah macam verangan dan berkenan je dengan henpon Nokia E71. Henpon nie ada 3G dan GPRS. Boleh tak En. Suami tengokkan harga henpon nie kat Dubai. Saya nak bandingkan harga mana lagi murah kalau kat sana murah nak minta En. Suami belikan boleh ke sayang?. Terima kasih ya azula saya "copy & paste" kat blog awak pulak.

Thursday, October 15, 2009

Jemputan Hari Raya Bahagian Harta dan MSAM

Seronoknya hari nie dapat jemputan hari raya dari Bahagian Harta dan MSAM. Kenapa seronok sebabnya dapat makan free. Biasalah setiap tahun setiap jabatan yang ada di PNB akan mengadakan majlis rumah terbuka aidilfitri. Pelbagai makanan yang dihidangkan tetapi lemang ketupat dan rendang wajip ada dah pun jamuan untuk hari rayakan. Di Bahagian Harta saya makan nasi dagang dan di MSAM saya makan nasi putih lauk-lauk kampung sedapnya.

Wednesday, October 14, 2009

Jemputan Rumah Terbuka dan Makan Di Restoran










Hari ini 15.10.2009 jam 12.30 tengahari saya dapat jemputan ke rumah terbuka aidilfitri Jabatan Perolehan. Jabatan Perolehan merupakan jabatan pertama tempat saya mula bekerja kat PNB tahun 1997. Terlalu banyak kenangan yang sukar saya lupakan sepanjang saya berkhidmat di Jabatan Perolehan. Banyak juadah yang sedap-sedap dihidangkan tapi yang paling special ialah yong tau fu. Selepas itu saya ke Restoran Minmax di PNB Darby Park kerana ada jamuan perpisahan untuk sarah (adik praktikal) yang akan berakhir esok jumaat 16.10.2009 sedihnya hu..hu.... Sarah banyak menolong saya sepanjang dia membuat latihan praktikal. Hari ini kak tini belanja kami semua. Saya rasa dah banyak dan pelbagai makanan saya makan hari ini. Saya pun sudah banyak kali makan Dim Sum di Restoran Minmax. Kalau ada sesiapa yang suka makan Dim Sum boleh mencubanya di Restoran Minmax PNB Darby Park kerana sedap dan harganya sangat berpatutan.

Gambar Sekitar Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Undang-Undang

Saya bersama sarah (adik praktikal) yang banyak membantu terima kasih banyak sarah


Menu utama set nasi tomato


Kek yang disponser oleh Natrina
Hiasan bunga ros hidup (kelas gitu), agar-agar, Kek, buah anggur tanpa biji dan oren

Sedang sibuk menyediakan juadah


Tuesday, October 13, 2009

Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Undang-Undang

Makanan yang dihidangkan

Tetamu yang hadir

Tetamu sedang menjamu selera

Rakan sekerja perempuan Jabatan Undang-Undang

Yusri, Kak Tini, Nat, Kak Du, Puan Norlin (Bos), Saya, Sarah (adik praktikal), Aida dan Rina
iaitu Rakan Sekerja Di Jabatan Undang-Undang

Hari Isnin 12.10.2009 Jabatan Undang-Undang iaitu jabatan tempat saya bekerja di PNB mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri. Perancangan rapi telah dibuat seawal puasa lagi. Kesemua rakan sekerja, puan dan adik praktikal (sarah) bersatu hati di dalam menguruskan agihan tugas yang telah diberikan. Jamuan rumah terbuka kami buat secara besar-besaran kerana tetamu yang dijemput pun ramai 100 lebih. Hampir kesemua tetamu yang diundang hadir meriahkan majlis kami. Menu makanan yang dihidangkan pun ada bermacam-macam jenis antaranya nasi tomato, ayam masak merah, daging rendang, dalca, papedom, soto (special sebab bos masak sendiri), speggeti, lemang, sate, agar-agar, pelbagai jenis kek, buah anggur dan buah oren. Menu utama iaitu set nasi tomato adalah caterer yang sama untuk majlis makan-makan di rumah saya iaitu Mawar Cafe & Catering. Hiasan untuk majlis rumah terbuka jabatan undang-undang kami buat dengan cantik sekali siap bos sponser bunga-bunga segar. Di akhir majlis kami semua rasa sangat gembira dan teruja kerana dapat menjayakan majlis rumah terbuka aidilfitri Jabatan Undang-Undang dengan jayanya.

Monday, October 12, 2009

Makan-Makan 10.10.2009

Anak-anak saya bersama kawan baik nina namanya esya


Bersama anak-anak, biras, anak buah dan adik ipar No. 8


Bubur merah putih

Makanan yang dihidangkan

Alhamdullillah akhirnya tercapai hajat saya untuk mengadakan majlis makan-makan untuk jiran-jiran dan kawan-kawan dikawasan perumahan saya. Hari sabtu 10.10.2009 saya mengadakan majlis makan-makan sempena hari raya aidilfitri bermula pukul 1.00 tengahari. Alhamdullillah semuanya berjalan lancar. Untuk pengetahuan saya menempah makanan untuk tetamu yang datang. Makanan yang saya tempah semuanya sedap. Antara menu makanan yang saya tempah ialah Nasi Hujan Panas, Ayam Masak Merah, Rendang Daging, Dalca Sayur dan Papedom. Kalau ada sesiapa berminat dan berhajat untuk menempah makanan boleh tempah di Mawar Cafe & Catering No. Telefon 03-41089306 atau H/P 016-6805588 promote sikit. Ada juga makanan yang saya masak sendiri iaitu bubur merah putih. Antara juadah lain yang saya hidangkan ialah lemang, kuih raya, kek lapis masam manis, kek buah dan buah tembikai. Keluarga kakak ipar dan adik-adik ipar juga turut sama hadir memeriahkan majlis makan-makan di rumah saya.

Thursday, October 8, 2009

Rumah Terbuka Aidilfitri PNB Darby Park

Kad Jemputan dan Cenderahati dari PNB Darby Park


AC Mizal sedang menghiburkan tetamu

Hari ini 8.9.2009 dapat jemputan untuk menghadiri rumah terbuka aidilfitri di PNB Darby Park. Saya bersama-sama dengan rina, kak du dan kak mid pergi menjamu selera di PNB Darby Park. Ramai betul tetamu yang datang. Semua makanan yang dihidangkan sedap-sedap belaka. Ada artis yang turut sama menghiburkan tetamu antaranya AC Mizal dan Isma AF7.