Thursday, October 22, 2009

Kedai Bake With Yen Chow Kit

Macam-macam corak kotak kek cantik


Muffin Cups & Cups Cakes


Loyang Kek & Kuih

Sempat lagi ambil gambar


Nie aje yang dibeli

Waktu rehat tenggahari tadi saya bersama-sama kak tini, rina dan kak du pergi ke chow kit. Rasanya dah lama betul saya tak pergi ke chow kit last pergi pun dah tak ingat bila. Bila sebut Chow Kit teringat zaman bujang masa menyewa rumah kat Jalan Raja Alang. Selalu juga pergi chow kit untuk membeli barang-barang keperluan rumah tak rasa takut pun masa tu. Tapi sekarang nie kalau nak ke chow kit sorang-sorang tidaklah rasanya. Tujuan kami pergi ke chow Kit adalah untuk membeli barang-barang membuat kek. Sekarang nie semua orang tengah bersemangat nak buat kek. Ini adalah kerana kejayaan rina telah menghasilkan sebiji Cheese Kek Oreo yang sangat lazat. Semua orang minta resepi dia. Maka kami semua ke chowkit mencari barang-barang keperluan membuat Cheese Kek. Banyak betul barang-barang untuk membuat kek dan kuih raya yang boleh diborang disini. Harganya pun murah dan sangat berpatutan. Tokey jual kek mesti borong barang kat sini. Saya hanya membeli Muffin Cups, Chocolate Muffin Mix dan Moist Chocolate Mix. Saya nak cuba buat muffin dulu. Resepinya senang aje ikut kat bungkusannya sahaja.

4 comments:

ZERO VENDETTA said...

chopp!
baru tahu yang akak ada blog..kak zula bgth saya arini.pasni selalulah saya tumpang lalu kat sini =)bolekan?

keluargaku syurgaku said...

Boleh apa salahnya akak pun selalu tengok blog ayu.

hassan said...

tumpang tnaya kedai ni kat mana ya? nak g beli brg, tp x tau..tq =)

wany said...

boleh ker beli tepung mix muffin dalam kuantiti 5kg