Friday, September 18, 2009
Thursday, September 17, 2009
Gambar Hari Raya Rakan Sekerja Jabatan Undang-Undang

Setiap kali tiba hari raya setiap jabatan di PNB akan berlumba-lumba menghiaskan jabatan masing-masing dengan hiasan hari raya. Setiap jabatan juga turut menyumbangkan gambar raya untuk dimasukkan ke dalam email. Termasuklah jabatan saya iaitu Jabatan Undang-Undang. Dalam gambar dari kiri Sarah (adik praktikal), Aida, Yusri, Rina, Zawiyah, Saya lah tu. Dari depan kiri Natrina, boss saya Puan Norlin yang cun, Kak Tini.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
ASSALAMUALAIKUM….
Mata Kadang Salah Melihat,
Mulut Kadang Salah Berucap,
Hati Kadang Salah Menduga,
Kaki terkadang tersalah langkah,
Tangan terkadang tersalah cuit,
Minda terkadang tersalah andai,
Tangan ku hulur Di hari Mulia,
Maafkan segala silap yang pasti ada...
Semoga Allah S.W.T memberkati dan merahmati kalian sekeluarga.
Salam Aidifitri
Maaf Zahir Dan Batin
Mata Kadang Salah Melihat,
Mulut Kadang Salah Berucap,
Hati Kadang Salah Menduga,
Kaki terkadang tersalah langkah,
Tangan terkadang tersalah cuit,
Minda terkadang tersalah andai,
Tangan ku hulur Di hari Mulia,
Maafkan segala silap yang pasti ada...
Semoga Allah S.W.T memberkati dan merahmati kalian sekeluarga.
Salam Aidifitri
Maaf Zahir Dan Batin
Dah Dapat Maid Baru
Alhamdullillah saya dah dapat maid baru. Hari Ahad 13.9.2009 saya berjumpa dengan Kak Ann untuk mengambil maid baru diPetronas Jalan Kolam Air, Ampang. Setakat hari ini saya lihat maid baru nie ok je. Umur maid 32 tahun asal dari jawa. Dia pun sayang dengan anak-anak saya. Saya berdoa semoga dia dapat menjalan tugasnya dengan baik selamanya. Sekarang nie nak ambil maid bukannya murah. Saya bayar sebanyak RM5,800.00 untuk mengambil maid semua urusan diimigresen dan fomema Kak Ann yang uruskan. Mak Mertua saya pun ada di rumah saya tolong tengokkan maid baru. Maid lama pun dah selamat sampai medan. Saya hantar maid lama di LCCT pagi Ahad dia naik flight ke Medan pukul 12.05 tengahari. Saya bersalaman dan bermaafan dengan maid lama. Dia pun banyak juga menolong saya menjaga anak-anak. Setiap manusia mesti pernah melakukan kesilapan maka kita kena maafkan semua kesalahan yang pernah sesiapa lakukan kepada kita.
Tuesday, September 8, 2009
Sauna, Bleaching, Lulur dan Mandi Susu
Hari Sabtu 5.9.2009 saya bersama dengan kak ema pergi ke salun yang diperkenalkan oleh seorang kawan. Salon tersebut terletak di bandar tasik selatan. Kami buat sauna, bleaching, lulur dan mandi susu. Harga untuk keempat-empat pakej ini seorang RM170.00. Saya rasa seronok juga kalau sekali sekala buat boleh hilangkan tension. Kemudian saya mengambil anak-anak dan bibik untuk berbuka puasa di luar. Kak Ema pun membawa anak-anaknya juga untuk berbuka bersama. Kami semua berbuka puasa di Satu Restoren Kampung Baru. Makanan dan servis di restoren tersebut memang mengecewakan. Selepas berbuka puasa kami semua pergi ke KLCC kerana saya ingin membeli keperluan hari raya untuk anak-anak saya.
Puasa di Rumah Mak Mertua
Saya balik ke rumah mak mertua sempena tiga hari cuti termasuk cuti hari kemerdekaan. Seronok dapat berkumpul ramai-ramai kerana kakak ipar yang duduk di rawang pun balik sekali. Kakak yang sulong dan keluarga abang sham pun ada sama untuk berbuka. Macam-macam menu makanan untuk berbuka kami masak bersama-sama antaranya masak lemak ikan tenggiri bersama asam belimbing, ayam masak kicap, ikan sup, mee goreng basah dan ayam masak merah. Tapi yang seronoknya kami buat tiga jenis kuih menggunakan bahan yang sama. Antaranya kuih keria, kuih bom keledek ada inti kelapa, kuih ketayap dan kuih karipap. Air pun ada macam-macam antaranya air soya, air kelapa, air anggur dan air teh panas.
Subscribe to:
Posts (Atom)