Hari Sabtu 5.9.2009 saya bersama dengan kak ema pergi ke salun yang diperkenalkan oleh seorang kawan. Salon tersebut terletak di bandar tasik selatan. Kami buat sauna, bleaching, lulur dan mandi susu. Harga untuk keempat-empat pakej ini seorang RM170.00. Saya rasa seronok juga kalau sekali sekala buat boleh hilangkan tension. Kemudian saya mengambil anak-anak dan bibik untuk berbuka puasa di luar. Kak Ema pun membawa anak-anaknya juga untuk berbuka bersama. Kami semua berbuka puasa di Satu Restoren Kampung Baru. Makanan dan servis di restoren tersebut memang mengecewakan. Selepas berbuka puasa kami semua pergi ke KLCC kerana saya ingin membeli keperluan hari raya untuk anak-anak saya.
Tuesday, September 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment