Hari nie Jumaat 18.9.2009 saya masih bekerja esok dah mula cuti sehinggalah hari ahad 27.9.2009. Cuti sempena Hari Raya Aidilfitri 2009. Tengahari tadi saya pergi ke Ampang Park membayar zakat untuk saya dan anak-anak bagi pihak En. Suami. En. Suami tak dapat balik beraya bersama-sama kami tahun ini kerana keadaan kerja yang tidak mengizinkannya balik hu...hu...hu... sedihnya. Tapi tak apalah lepas nie ada berita gembira buat kami sekeluarga. Buat En. Suami jangan sedih-sedih kat sana, jaga diri baik-baik Saya memohon ampun maaf zahir dan batin dari hujung rambut sampai hujung kaki atas segala salah dan silap saya selama ini, halalkan segalanya Sayang. Jam menunjukkan 7.00 petang kat luar hujan masih lebat. Keadaan kat luar gelap gelita macam dah malam. Saya masih lagi dipejabat pukul berapalah nak balik nie semua orang dah balik tinggal saya sorang-sorang. Kalau dulu masa sekolah cikgu selalu cakap hujan tu kan Rahmat betulkan. Semalam pun dalam perjalanan balik hujan turun dengan lebat. Saya berhenti berteduh di bawah jambatan maklumlah balik naik motosikal. Ramai orang berteduh dibawah jambatan tersebut. Setelah hujan reda saya meneruskan perjalanan balik sampai ke rumah dah azan Maghrib. Mak mertua saya ada kat rumah dia dah sediakan juadah berbuka Alhamdullillah. Malam ini saya, anak2, mak mertua, bibik dan anak buah akan pulang ke Melaka menghantar mak mertua saya. Baju dan barang-barang keperluan raya semua saya dah siap kemas. Esok hari sabtu adik saya taufik akan mengambil saya, anak2 dan bibik balik ke kampung saya di Felda Lui Selatan, Negeri Sembilan untuk beraya bersama-sama dengan ayah, ibu dan adik-adik saya. Kemudian saya akan pulang ke Melaka pula beraya bersama-sama mak mertua dan adik-beradik sebelah En. Suami. Buat semua SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Friday, September 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment