Sunday, September 27, 2009

Cerita Hari Raya Aidilfitri

Sukanya dini, pak su aiman dan nina dapat main bunga api


Saya dan anak-anak di pagi hari raya

Muhammad Hamizan memakai jubah arab En. Suami belikan kat Dubai dengan selipar Ben 10 yang asyik nak pakai aje dalam rumah

Nur Husnina dengan wajah ayunya

Nur Dini tersenyum simpol dengan kasut hello kitty tak sabar nak gie raya

Hari nie 28.9.2009 saya dah mula bekerja setelah seminggu bercuti sempena hari raya aidilfitri. Seronok betul dapat cuti lama mulalah rasa malas je nak kerja. Tahun nie giliran saya beraya di rumah mak saya di Felda Lui Selatan, Negeri Sembilan. Saya bertolak balik ke Melaka dahulu menghantar Mak Mertua. Saya balik bersama-sama kakak ipar No. 4 dan anak-anaknya pada pukul 12.30 malam hari jumaat. Alhamdullillah jalan malam tu tak berapa jem. Kami sampai melaka lebih kurang pukul 2.30 pagi. Esoknya hari sabtu anak buah saya karim menghantar saya balik ke rumak mak saya di Negeri Sembilan. Kebetulan Karim nak ambik maknya iaitu kakak ipar saya yang No. 1 duduk di kampung sebelah kampung saya balik ke Melaka. Malamnya Nina dan Dini seronok bermain bunga api bersama-sama dengan Pak Su Aiman adik saya yang bungsu berumur 9 tahun. Hamizan takut lagi nak main bunga api dengar bunyi mercun pun takut-takut.


Hari raya pertama pagi-pagi lagi En. Suami call saya untuk saling maaf bermaafan. Sedihnya tahun nie En. Suami tak dapat beraya bersama-sama saya dan anak-anak kerana tuntutan kerjanya. Encik Suami berada jauh di perantauan di Abu Dhabi. Saya pun tidak kemana-mana duduk dirumah melayan tetamu yang datang. Mak saya telah memasak ketupat nasi, ketupat pulut yang dikukus, rendang kerang, kari ayam dan kuah kacang untuk hidangan Hari Raya. Yang paling saya suka kami bertukar-tukar juadah dengan jiran-jiran. Maka bermacam-macam makanan yang berbeza dapat dirasa. Selalu Hari Raya pertama orang-orang lelaki dikampung saya akan datang beramai-ramai beraya dari rumah ke rumah.


Hari raya kedua 21.9.2009 hari nie merupakan hari lahir En. Suami. Saya call En. Suami untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir semoga dimurahkan rezeki dan sihat-sihat selalu sayang. I LOVE YOU FOREVER. Mak cik saya yang duduk di Palong 6 datang beraya ke rumah bersama anak-anaknya. Selepas itu kami beramai-ramai pergi beraya ke rumah saudara di Felda Tembangau.

Hari raya ketiga saya, anak-anak, bibik, mak, abah dan adik-adik saya pergi ke Palong 6 rumah mak cik saya. Bagus juga adik saya Taufik beli van boleh muat semua orang naik van pergi jalan raya. Kami Makan tengahari di rumah mak cik saya. Best betul dapat makan masakan kampung setelah puas makan hidangan hari raya seperti rendang dan ketupat. Selepas itu kami semua pergi beraya di rumah saudara di Felda Jelai.
Hari raya keempat saya hendak balik ke rumah Mak Mertua di Melaka. Tetapi Mak Mertua dan kesemua ipar-ipar saya saya pergi ke rumah kakak ipar No. 1 yang duduk disebelah kampung saya. Maka kami berkumpul beramai-ramai di rumah kakak ipar di Kampung Serampang Indah. Pada sebelah petang kawan baik saya lina datang beraya ke rumah saya. Seronoknya dapat berjumpa dengan lina, zam dan anak-anaknya.

Hari raya kelima saya pula beraya di rumah kawan baik saya lina. Saya suka dengan kuih makmur yang emak lina buat setiap tahun mesti nak makan kuih makmur yang sedap itu. Lina siap bekalkan kuih makmur untuk saya. Terima kasih lina. Hari ini juga Pak Su saya sekeluarga datang beraya di rumah saya. Kami makan tengahari beramai-ramai. Sebelah petangnya mak mertua dan adik-adik ipar datang beraya ke rumah mak saya. Kemudian kami bersama-sama bertolak balik ke Melaka dan kami singgah beraya be rumah abang ipar No. 2 yang duduk di melaka dan bermalam dirumah beliau.
Hari raya keenam saya, anak-anak, bibik, adik-adik ipar pergi berjalan raya ke Tangkak Johor. Kami pergi kerumah kakak ipar yang No. 3. Kami juga singgah ke rumak pak su En. Suami juga terletak di Tangkak. Kemudian kami beraya ke Jasin ke rumah abang ipar No. 5 yang terletak di Jasin, Melaka.
Hari raya ketujuh kami semua duduk dirumah mak mertua berehat.
Hari raya kelapan dah nak balik ke KL. Saya bertolak pukul 10.00 pagi untuk mengelakkan jem. Alhamdullillah perjalanan semua ok. Tengahari saya ke rumah kak ema di Kajang untuk beraya. Kami semua menjamu selera dirumah kak ema. Dia masak rendang daging, nasi impit dan laksa. Semua makanan sedap-sedap belaka. Hari nie kawan saya ida yang duduk di banting nak beraya ke rumah saya. Saya masak speggeti sahaja kerana cepat nak sediakan. Pada pukul 9.30 malam ida sampai ke rumah saya bersama dengan suami dan anak-anaknya. Kak ema juga datang bersama sebab nak tunjuk jalan ke rumah saya kepada ida.

No comments: