Saya balik ke rumah mak mertua sempena tiga hari cuti termasuk cuti hari kemerdekaan. Seronok dapat berkumpul ramai-ramai kerana kakak ipar yang duduk di rawang pun balik sekali. Kakak yang sulong dan keluarga abang sham pun ada sama untuk berbuka. Macam-macam menu makanan untuk berbuka kami masak bersama-sama antaranya masak lemak ikan tenggiri bersama asam belimbing, ayam masak kicap, ikan sup, mee goreng basah dan ayam masak merah. Tapi yang seronoknya kami buat tiga jenis kuih menggunakan bahan yang sama. Antaranya kuih keria, kuih bom keledek ada inti kelapa, kuih ketayap dan kuih karipap. Air pun ada macam-macam antaranya air soya, air kelapa, air anggur dan air teh panas.
Tuesday, September 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment