Hari nie ingat nak singgah pasar ramadan di taman len seng. Nina cakap nak makan kek coklat. Kat situ ada satu tempat jual pelbagai jenis kek tiap tahun ada tahun nie tak tahu ada ke tak. Tapi masa nak balik pukul 6.00 petang hujan turun dengan lebat. Anak buah saya dah sampai menunggu saya di Basement PNB. Hujan sangat lebat tak dapat nak balik lagi. Ada kawan ajak buka puasa kat Tabung Haji. Tapi tak sampai hati nak biarkan nina buka puasa dengan bibik. Lebih kurang pukul 6.45 hujan hampir reda saya pun balik ke rumah. Saya singgah beli Mc Donald kerana memang tak sempat nak pergi pasar ramadan. Saya sampai di rumah betul-betul Azan Maghrib berkumandang menanda waktu berbuka. Malam saya masak ayam masak lemak untuk bersahur. Esok saya mesti belikan kek coklat untuk nina.
Wednesday, August 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment