Malam sabtu kak ema telefon ajak pergi banting untuk menghantar ayah dan ibunya kerumah mereka. Kami bercadang untuk pergi kerumah ida yang juga terletak di Banting. Hari sabtu lebih kurang pukul 1.00 tengahari kak ema datang mengambil saya dan anak-anak terus menuju ke banting. kami singgah sebentar di kedai untuk makan tengahari. Kami sampai dirumah ayah dan ibu kak ema lebih kurang pukul 3.00 ptg. Selepas itu kami teruskan perjalanan mencari rumah ida kerana ini pertama kali kami datang ke rumah ida. Saya menelefon ida dan berjanji berjumpa di bus stop depan tesco banting. Tidak lama selepas itu ida datang mengambil kami dan terus menuju kerumahnya. Cantik sungguh rumah ida. Banyak pokok buah dan pokok bunga yang semua segar. Kami dihidangkan dengan bermacam-macam makanan yang semuanya sedap-sedap belaka. Ida juga menjual kuih raya. Saya dan kak ema sempat menempah kuih raya dengan ida. Setelah puas berbual dan berborak dengan ida kami pun meminta izin untuk bertolak balik ke rumah.
Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke rumah ila yang terletak di Sri Petaling. Saya membelikan KFC untuk dimakan beramai-ramai. Seronok dapat pergi rumah ila sebab rumah dia ada swimming pool. Saya memang dah bawa baju mandi budak-budak kerana kak ema memang dah beritahu nak pergi rumah ila. Sampai rumah ila kami dihidangkan dengan bubur kacang dan jemput2 bilis yang sedap dan lembut. Pada mula ila mengajak kami semua tengok wayang dekat The Mines. Tapi semua cerita dah fully booked tinggal pukul 11.00 malam sahaja. Maka kami cadang pergi ke pool sahaja. Budak-budak lelaki besar semua pergi Cyber Cafe. Saya, kak ema, ila dan budak-budak semua mandi pool. Oh seronoknya dapat mandi pool. Selesai mandi lebih kurang pikul 10.30 malam kak ema hantar saya balik kerumah. Saya rasa amat seronok dapat berjumpa dan kenal dengan mereka semua.
No comments:
Post a Comment