Hari Jumaat malam saya, anak-anak, bibik dan anak buah saya bertolak balik Kampung Lui Selatan rumah emak saya. Saya bercadang berpuasa dikampung bersama-sama emak, abah dan adik-adik saya. Adik saya Taufik juga balik ke rumah emak saya. Hari pertama kami bersahur emak saya masak burung puyuh masak kicap, telor dadar dan sayur goreng. Anak saya Nina juga saya suruh dia bangun bersahur. Saya berazam supaya nina dapat berpuasa penuh tahun ini. Pada pagi sabtu saya pergi kerumah emak mertua saya bersama dengan kakak ipar, adik ipar, taufik dan karim. Kami naik kereta yang berasingan. Tujuan saya balik rumah emak mertua saya dimelaka kerana ingin melawat adik ipar saya busu yang kemalangan malam tadi. Tetapi apabila sampai ke melaka adik ipar saya belum sampai ke rumah emak mertua saya. Lebih kurang tiga jam menunggu adik ipar saya balik semula ke rumah emak saya di Lui Selatan kerana saya berjanji mahu berbuka puasa dirumah emak saya. Emak saya telah masakkan makanan kegemaran kami sekeluarga Laksa, Air Soya, dan Kuih Keria jiran bagi. Saya juga singgah Pasar Ramadan di Bandar Baru Serting untuk membeli kuih-muih. Saya sempat sampai kerumah untuk berbuka bersama-sama.
Hari kedua berpuasa di rumah emak saya nina kelihatan cukup letih dan lemah tapi saya suruh dia bertahan sehingga berbuka. Hari nie emak saya masak pelbagai jenis kuih antaranya kuih che mek molek, roti jala, pengat pisang, goreng pisang dan kuih cucur udang berserta kuah kacang. Alhamdullillah murah rezeki hari kedua kami sekeluarga berbuka puasa.
Hari ketiga saya dah nak balik ke KL. Anak buah saya hendak balik awal kerana ingin bersolat terawih. Pukul 2.00 petang saya bertolak balik ke KL. Emak saya bekalkan saya dengan Kuih Karipap yang belum goreng dan bubur som-som. Bestnya tak yah gie pasar ramadan cari kuih. Sampai di rumah lebih kurang pukul 5.30 petang saya masak ikan tenggiri masak kari untuk lauk berbuka dan sahur nanti.
No comments:
Post a Comment