Wednesday, August 19, 2009

Pengalaman Berjumpa En. Suami











Setelah hampir 3 bulan En. Suami mencari rezeki di Dubai. Saya berkesempatan melawat En. Suami di Dubai pada 22/1/2009 - 2/2/2009. Sebenarnya saya nekad untuk pergi berjumpa En. Suami seorang diri tanpa membawa 3 orang anak saya. Saya telah menempah tiket melalui Tabung Haji Travel. Saya naik flight GULF AIRWAY. Alhamdullillah perjalanan saya dipermudahkan oleh Allah kerana semasa tiba di KLIA saya berjumpa dengan seorang kawan yang juga hendak melawat suaminya di Dubai. Kami sentiasa kemana-mana bersama-sama. Flight Kami transit di Bahrain. Kami sempat makan MC Donald semasa transit. Perjalanan kami lebih kurang 8 jam. Alhamdullilah kami selamat sampai di Dubai. En. Suami telah telah pun menunggu saya di Dubai International Airport. Gembira sungguh dapat jumpa En. Suami. Semasa saya berada di Dubai adalah musim sejuk maka kena pakai baju tebal skit. Saya rasa seperti bermimpi kerana akhirnya saya dapat menjejaki ke Dubai. kebetulah semasa saya datang ke ada Dubai Shopping Festival. En. Suami membawa saya jalan-jalan disemua shopping komplek yang ada di Dubai antaranya Dubai Shopping Mall, Burjuman Centre, Mall of the Emirates, Dubai Marina, Ibn Battuta Mall, Madinat Jumeirah dan Wafi Shopping Mall. Boleh dikatakan semua shopping mall di Dubai jual barang yang branded dan mahal-mahal. Tapi kalau datang masa Dubai Shopping Festival harga semua barang ada diskaun banyak tak sama dengan kat Malaysia. Saya banyak shopping baju anak-anak. Kalau kat Malaysia jenama Adams, Pumkin Patch, Okaidi dan Mother Care kalau ada diskaun pun sikit aje. Kat Dubai baju budak-budak banyak diskaunnya. En. Suami juga bawa saya melawat Burj Al Arab dan Dubai Festival City. Saya juga sempat makan bersama En. Suami di Zaina Restaurant. Kami makan Nasi Mandy yang sedap disitu. Saya juga membeli kain pasang di souk di Diera. En Suami juga hadiahkan saya sebentuk cincin Dymond White Gold yang kami pergi beli di Gold Souk. Terima kasih En. Suami tersayang. Sebenarnya banyak kenangan yang indah sepanjang saya berada di Dubai. Saya rasa Dubai adalah sebuah negara yang membangun dan canggih. Perjalanan balik saya pun Alhamdullillah dipermudahkan apabila saya juga berjumpa dengan kawan-kawan yang mempunyai tujuan yang sama balik ke Malaysia.

No comments: