Setiap tahun Jabatan Undang-Undang akan mengadakan sambutan Hari Keluarga. Tahun 2008 kami pergi ke Melaka. Setelah berbincang kami semua sepakat untuk pergi ke Langkawi. Saya, kak tini, kak du, Yusri dan rina telah pun booking tiket flight Air Asia ke langkawi. Kami dibahagikan kepada 2 group. Group 1 saya dan kak tini pergi pada 31/7/2009 sehingga 2/8/2009 sementara group 2 kak du, yusri dan rina pergi pada 1/8/2009 sehingga 3/8/2009. Jabatan kami tidak boleh kosong kerana puan dan aida sahaja yang tidak pergi. Saya pergi membawa semua anak-anak saya dan juga bibik. Alhamdullillah sepanjang perjalanan pergi flight dan cuaca semua OK. Anak-anak saya semua seronok dapat naik kapal terbang walaupun bukan pertama kali. Sampai diLangkawi saya dan kak tini telah menyewa sebuah van KIA Pregio untuk 2 hari dengan bayaran RM240.00. Kami menginap di Hotel Helang. Saya sangat berpuas hati dengan bilik yang disediakan sangat besar dan ada 2 buah katil queen size. Hotel pun kami booking guna online dapat harga murah untuk 3 hari 2 malam RM122.00. Hari pertama kami semua berjalan-jalan disekitar pulau langkawi dan menikmati makan malam Di Pantai Cenang. Kami juga pergi pekan kuah untuk membeli coklat, gajus, ikan bilis dan sebagainya. Saya juga telah membeli satu set jag air beserta cawan di kedai RAM. Petang kami kembali semula ke hotel untuk acara anak-anak mandi kolam. Anak-anak kalau kita bawa pergi bercuti mesti agenda pertama mereka adalah mandi kolam. Itu sahaja aktiviti yang paling menggembirakan mereka. Setiap pagi kami bersarapan di gerai-gerai tepi jalan sambil menikmati nasi lemak bungkus 1 ringgit. Kami juga pergi ke Idaman Suri untuk membeli belah. Pada hari sabtu group 1 dan group 2 berjumpa kami semua pergi melawat Makam Mahsuri, Laman Padi dan Air Terjun. Pada pandangan saya banyak tempat di Pulau Langkawi telah ditutup antaranya Kampung Buku Malaysia dan Lagenda Park. Kalau pergi langkawi mesti kena rasa laksa langkawi kami makan laksa mak limah di area Makam Mahsuri.
Wednesday, August 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment