29.7.2009 tarikh hari lahir nina yang ke tujuh tahun. Setiap tahun kami sekeluarga meraikan hari lahir nina. Saya bercadang membawa nina, dini, hamizan, bibik dan karim keluar makan-makan. Tahun ni En. Suami tak dapat joint kerana bertugas di Abu Dhabi. Pada waktu rehat saya keluar pergi ke KLCC untuk membeli hadiah anak-anak saya. Seperti biasa saya mesti kena beli hadiah untuk ketiga-tiga anak saya kerana mereka masih kecil dan seronok kalau semua dapat hadiah. Puas satu KLCC saya survey hadiah akhirnya saya belikan hadiah Barbie untuk Nina dan Dini kereta untuk Hamizan di Isetan. Hadiah yang saya beli agak besar. Saya balik naik motor maka tak sesuai saya bawa hadiah itu naik motor. Saya menelefon anak buah saya supaya membawa anak-anak dan bibik datang ke Ampang Park. Kami semua menyambut hari lahir Nina di McDonald Ampang Park. Saya membelikan nina sebijik kek buah di King dan makan burger McDonald. Anak-anak saya seronok dapat main permainan yang ada di McDonald.
Wednesday, August 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment