Tuesday, July 28, 2009

Selamat Hari Lahir Nur Husnina binti Norishak








Hari ini 29.7.2009 genaplah umur anak sulung saya nina 7 tahun. Selamat Hari Lahir sayang. Sempena hari kelahiran nina hari nie mama nak taip segala pengalaman mama semasa menggandung sehinggalah saat kelahirannya di dunia ini. Setelah genap dua bulan kami mendirikan rumahtangga saya telah disahkan oleh doktor bahawa saya menggandung. Saya dan suami merasa cukup bersyukur dan gembira. Suamiku sentiasa menjaga ku seperti menatang minyak yang penuh. Segala kemahuan dan keperluan ku dipenuhinya. Sepanjang awal kehamilan saya tidak mengalami apa-apa masalah. Bila kandunganku masuk bulan ke 7 saya disahkan doktor Fauziah yang tekanan darah ku tidak stabil. Saat ini saya berasa sangat sedih kerana ini pengalaman pertama. Suamiku sentiasa menemani semasa menjalani check up setiap bulan dan minggu. Saya menjalani check up di Ampang puteri Specialist Hospital. Alhamdullillah kerja kat PNB diberikan kemudahan staf memilih hospital-hospital swasta untuk menjalani check up sehingga melahirkan anak dari anak pertama hingga kelima. Setelah berbincang dengan suami dan bertanyakan pengalaman kawan2 saya telah memilih Doktor Fauziah bin Hassan di Ampang puteri Specialist Hospital. Semenjak saya disahkan oleh doktor bahawa tekanan darah tinggi saya sentiasa menjalani ckeck up dengan lebih kerap. Saya juga telah ditahan dihospital untuk memastikan tekanan darah stabil. Suami selalu mememani ku dihospital sehingga sanggup berkongsi katil dengan ku untuk tidur. Pengalaman pertama kena duduk hospital saya rasa sangat takut. Saya juga diberikan ubat. Doktor juga pernah memberikan mc supaya saya berehat dirumah dan ada seorang jururawat dihantar kerumah untuk menggambil tekanan darah saya. Kadang-kadang saya berasa sangat sedih dengan keadaan saya. Sebenarnya sepanjang saya bekerja di PNB saya tidak pernah MC Alhamdullillah. Semenjak saya mengandung doktor banyak menberikan saya mc supaya saya banyak rehat dirumah untuk mengawal tekanan darah. Doktor telah menetapkan tarikh untuk saya bersalin menandangkan tekanan darah saya tidak stabil. Doktor juga telah memberikan saya suntikan untuk mematangkan jantung anak saya. Pada malam 28.7.20002 saya telah dimasukkan ke hospital kerana doktor akan memasukkan ubat induce pada waktu pagi. Saat ini bermacam perasaan bermain di fikiran. Selepas subuh ada seorang jururawat telah memberikan saya ubat induce. Pada mulanya saya ok lagi. Suamiku sentiasa ada menemaniku disisi. Tidak lama selepas itu saya sudah merasakan kesakitan yang berterusan. Seterusnya saya dimasukkan ke Labour Room. Pengalaman pertama ke Labour Room. Jururawat mengarahkan saya menukar pakaian duduk atas katil dengan kaki diikat ke atas. Sangat ini kesakitan untuk bersalin tak dapat dibayangkan. Hanya mereka yang pernah bersalin secara induce dan normal saja yang tahu. Saya diberikan gas bagi mengurangkan kesakitan. Suamiku nampak pun sayup-sayup hanya kedengaran suaranya doktor dan jururawat supaya bersabar dan teran. Setelah puas menahan kesakitan dan meneran Alhamdullillah lahirlah seorang bayi perempuan tepat jam 1.00 tengahari pada 29.7.2002 dengat berat 2.09kg. Saya dan suami saya sangat bersyukur dan gembira menyambut cahayamata pertama kami yang sihat walafiat. Saya duduk dihospital selama tiga hari sebelum saya pulang terus kekampung halaman saya untuk berpantang. Sebenarnya kami belum menyediakan nama untuk anak sulung saya. Saya telah mencadangkan kepada suami supaya menamakan anak saya NUR HUSNINA BINTI NORISHAK. Suamiku bersetuju. NUR HUSNINA bermaksud cahaya kecantikan. Mama dan Baba doakan semoga nina menjadi seorang anak yang solehah berjaya didunia dan juga diakhirat. Mama dah Baba sangat sayangkan nina.

No comments: