Monday, July 6, 2009

Balik Kampung Lui Selatan











Pada 4/7 - 5/7/09 saya berada di kampung emak saya. Jiran sebelah rumah emak saya mengadakan kenduri kahwin anak perempuannya yang kelima iaitu Siti Noraisyah bersama pasangannya orang klang. Aisyah semasa kecil agak rapat dengan saya sekarang dia sudahpun bergelar isteri orang. Teringat kenangan semasa saya masih belum matang ketika kami sama-sama bermain. Begitu cepat masa berlalu saya pun sudah beranak 3. Hari sabtu saya bersama anak-anak dan adik-adik saya pergi ke Bahau membelikan barang keperluan rumah emak saya. Kami makan tengahari di Pizza Hut. Sekarang ini dikampung musim buah-buahan. Emak menyuruh saya membawa buah rambutan untuk dibawa pulang ke rumah.

No comments: