Hari ini saya sudah mula bekerja semula. Tepat pukul 7.45 pagi ketika hendak keluar pergi kerja hujan turun dengan lebatnya. Anak buah saya mengajak saya naik kereta. Memandangkan jam hampir pukul 8.00 pagi saya tidak mahu pergi kerja naik kereta kerana waktu ini jem teruk. Saya berazam tahun 2009 tak mahu lewat masuk ke pejabat. Setakat bulan 6 saya hanya lewat sekali sahaja itupun kerana hari hujan. Diluar hujan masih lebat jam sudah menunjukkan pukul 8:20 pagi. Saya telah mengajak anak buah saya redah sahaja hujan lebat. Saya telah membawa baju lain untuk ditukar dipejabat nanti. Dalam perjalanan hujan lebat habis basah baju saya namun saya teruskan perjalanan ke pejabat. Alhamdullillah saya sempat sampai ke pejabat sebelum pukul 9.00 pagi habis baju saya basah kuyup. Saya telah menukar semula baju yang saya bawa di pejabat.
Waktu tengahari saya bersama-sama aida dan rina pergi ke KLCC namun keadaan tidak mengizinkan kerana semua parking di KLCC penuh. Kami semua tak pasti kenapa jem teruk nak masuk KLCC. Kami kemudian memutuskan untuk pergi ke Ampang Park sahaja. Saya pergi ke pejabat pos untuk membayar semua bil yang tertunggak.
No comments:
Post a Comment