Jam menunjukkan pukul 6.45 petang saya menelefon anak buah saya. Anak buah saya akan datang mengambil saya selepas Maghrib. Saya berpuasa pada hari ini dan terus berjalan kaki menuju ke Ampang Park untuk berbuka puasa. Saya rasa sudah banyak kali saya berbuka puasa seorang diri di Ampang Park sedihnya. Saya berbuka puasa di Restoren Cozy Corner Ampang Park. Makanan kat sana semuanya best dan servisnya cepat. Selepas berbuka saya solat Maghrib di Surau. Surau Ampang Park sangat selesa dan bersih. Saya pulang kerumah dengan meredah hujan yang masih belum berhenti. Saya sempat singgah ke pasar malam untuk membeli makanan, ikan dan sayur untuk stok selama seminggu.
Tuesday, July 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment