Kenapa saya bercuti pada tarikh di atas. Jawapannya adalah kerana saya akan membuat penilaian ujian memandu dengan JPJ. Bermula pada hari sabtu sehingga pagi rabu saya bersungguh-sungguh menjalani latihan memandu dengan Kelas Memandu Rina. Saya rasa setiap orang mesti ada kenangan suka duka ketika penilaian ujian memandu dengan JPJ. Pelbagai perasaan saya rasa pada hari penilaian ujian memandu. Pagi itu kami semua bermula dengan ujian mendaki bukit, parking, ujian pusingan 3 penjuru seterusnya ujian dijalan raya. Hati saya cukup berdebar-debar ada yang berjaya ada yang gagal. Bila tiba giliran saya maka saya terus tekan minyak naik bukit. Tetapi JPJ dengan muka serius menyuruh saya turun semula. Saya memulakan semula naik bukit. Angkat tangan kepada JPJ dan JPJ menyuruh saya turun bukit. Saya telah cuba menekan minyak, melepaskan cluch perlahan-lahan dan turunkan hand break tetapi sedih kerana saya tak berjaya menuruni bukit itu. Saya rasa minyak dan cluch keras kerana kereta lama. JPJ telah mengarahkan saya keluar dari kereta tersebut dan menyerahkan saya borang yang menyatakan saya telah gagal sedihnya. Seterusnya saya dikehendaki menjalani ujian dijalan raya. Didalam hati saya berdoa semoga saya lulus untuk ujian dijalan raya. Untuk ujian dijalan raya ada JPJ perempuan dan JPJ lelaki. Tiba giliran saya diuji oleh JPJ lelaki yang berusia dan nampaknya ok. Saya mempraktikkan segala yang telah di pelajari dah menyebutnya satu-satu ketika saya diuji. Syukur Alhamdulllillah saya telah lulus untuk ujian dijalan raya. Saya akan menjalani semula ujian mendaki bukit, parking dan ujian pusingan 3 penjuru. YA ALLAH kau permudahkan dan luluskan aku ketika ujian itu nanti Amin.
Wednesday, July 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment