- Kepercayaan dan kejujuran pasangan amat diperlukan kerana apabila berjauhan segala bentuk layanan, perhatian, belaian tidak dapat dipenuhi secara tabii. Ia perlu diuruskan dengan sendiri dan belajarlah untuk berdikari.
- Suami yang jauh daripada keluarga mesti sentiasa ingat diri bahawa insan lain amat mengharapkan ketulusan dan ketelusan apa sahaja yang dilakukan kerana anda sahaja yang mampu mengawalnya.
- Isteri yang berjauhan dengan suami pula mesti menjaga maruah dan kehormatan diri serta memastikan tanggungjawab terhadap anak-anak dilaksanakan dengan sempurna.
- Berjauhan tempat kerana bertugas bukanlah menjadi penghalang untuk saling menyatakan perasan rindu dan sayang tersemat di hati. Jadikan kejauhan untuk membina hubungan yang rapat dan menpercayai antara satu sama lain.
- Jika fikiran dan perasaan mulai menerawang kepada sesuatu yang tidak sewajarnya cepat-cepatlah kembali kepada fitrah yang baik iaitu Tuhan sentiasa melihat dan mengetahui apa yang anda lakukan. Walaupun disorok sekalipun pasti akan diketahui satu hari nanti.
- Bayangkan wajah-wajah mereka pada nanti dengan seribu harapan pada anda dan rasakan apa yang mereka mahu anda fahami tentang masa depan mereka jika anda memilih untuk mencapai kepentingan peribadi anda sendiri.
Thursday, July 9, 2009
Tip : Menjalani Kehidupan Sewaktu Berjauhan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment