Hari ini 9.7.2009 genaplah 2 tahun umur anak saya yang ke 3 iaitu Muhammad Hamizan bin Norishak. Mengimbas peristiwa kelahiran ini, anak saya Muhammad Hamizan bin Norishak dilahirkan pada 9.7.2007 dengan berat 3.01 kg di Ampang Puteri Specilist Hospital. Sebenarnya kandungan saya yang ketiga ini adalah rezeki dari Allah kerana ketika saya menggandung anak yang nombor 2 baru berusia setahun lima bulan. Anak saya yang ke 2 selalu meragam maklumlah belum puas bermanja dengan saya sudah hendak dapat adik. Sejak dari awal saya disahkan mengandung saya sentiasa berdoa iaitu ada satu doa yang boleh dibaca jika mahu anak yang dilahirkan nanti anak lelaki. Saya sangat berharap anak yang bakal lahir nanti anak lelaki kerana anak saya yang pertama dan kedua adalah perempuan. Sepanjang saya menggandung tiada masalah serius yang di alami cuma saya nie setiap kali mengandung mesti ada darah tinggi sejak dari anak pertama lagi. Saya dikehendaki makan ubat untuk menstabilkan darah tinggi saya. Tetapi ada satu perkara yang saya tidak suka jika doktor menyuruh saya masuk wad untuk monitor BP saya. Fikiran saya jadi sedih, sayu dah sebagainya tak dapat dibayangkan. Saya menjalani rutin ibu menggandung iaitu datang berjumpa doktor sebulan sekali dan hampir bersalin 2 minggu sekali. Doktor yang merawat saya adalah Doktor Fauziah Hassan di Ampang Puteri Specilist Hospital. Doktor Fauziah telah merawat dan menyambut kelahiran anak saya sejak saya menggandungkan anak pertama lagi saya suka doktor Fauziah kerana sangat memahami pesakitnya. Kerana saya ada darah tinggi maka setiap kali hendak bersalin dan cukup 39 minggu doktor akan menentukan tarikh untuk saya di induce. Pada mulanya saya dan suami bersetuju memilih tarikh 7.7.2007 tetapi ketika itu doktor Fauziah ada hal. Setelah berbincang kami bersetuju memilih tarikh 9.7.2007 untuk diinduce. Pada malam 8.7.2007 saya tidur dihospital kerana pagi 9.7.2007 saya akan dimasukkan ubat induce. Pagi 9.7.2007 dalam pukul 6.00 pagi jururawat memasukkan ubat induce. Selepas itu saya terus sakit untuk bersalin mungkin cepat kerana anak yang ketiga. Saya sempat menelefon suami saya supaya datang ke hospital kerana saya dah sakit. Ketika En. Suami sampai saya sudah ada di labour room. Saya didalam kesakitan hendak bersalin. Alhamdullilah saya selamat bersalin pada pukul 8:30 pagi. Saya bersyukur kepada Allah kerana menggurniakan saya seorang bayi lelaki yang comel dah sihat. Terima kasih saya ucapkan kepada suami saya tercinta Norishak bin Sidek yang sentiasa menemani saya dan memahami sepanjang saya menggandung daripada anak pertama hingga ketiga. Saya dan suami bersepakat memberikan nama MUHAMMAD HAMIZAN BIN NORISHAK. Muhammad sempena nama Rasullullah S.A.W dan Hamizan bermaksud baik, bijak dan tampan. Pelbagai nama panggilan yang kadang-kadang saya gunakan untuk anak saya Muhammad Hamizan antaranya Aboy, Boboy, Mizan dan Hamizan. Saya masih panggil Hamizan Baby, dia pun suka buat-buat suara manja baby. Mama dan Baba sentiasa doakan Muhammad Hamizan menjadi seorang anak yang soleh berjaya didunia dan juga diakhirat.
Wednesday, July 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment