Gambar di atas ialah anak-anak saya bersama dengan maid yang lama ketika bercuti di Langkawi.
Alhamdullillah saya dah dapat maid baru. Hari Ahad 13.9.2009 saya berjumpa dengan Kak Ann untuk mengambil maid baru diPetronas Jalan Kolam Air, Ampang. Setakat hari ini saya lihat maid baru nie ok je. Umur maid 32 tahun asal dari jawa. Dia pun sayang dengan anak-anak saya. Saya berdoa semoga dia dapat menjalan tugasnya dengan baik selamanya. Sekarang nie nak ambil maid bukannya murah. Saya bayar sebanyak RM5,800.00 untuk mengambil maid semua urusan diimigresen dan fomema Kak Ann yang uruskan. Mak Mertua saya pun ada di rumah saya tolong tengokkan maid baru. Maid lama pun dah selamat sampai medan. Saya hantar maid lama di LCCT pagi Ahad dia naik flight ke Medan pukul 12.05 tengahari. Saya bersalaman dan bermaafan dengan maid lama. Dia pun banyak juga menolong saya menjaga anak-anak. Setiap manusia mesti pernah melakukan kesilapan maka kita kena maafkan semua kesalahan yang pernah sesiapa lakukan kepada kita.
No comments:
Post a Comment