Wednesday, December 23, 2009

Pangkor Island Beach Resort 13.12.2009














Dah lama saya tak menulis di blog kesayangan saya nie. Niat nak berblog tu memang ada cuma masa tak mengizinkan. Hari nie nak cerita tentang percutian kami di Pulau Pangkor. Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 8.30 pagi melalui banyak tempat saya pun ingat-ingat lupa sebab saya memang jarang menuju ke arah utara kerana rumah emak saya dan En. Suami arah selatan. Yang saya ingat kami lalu Tanjung Karang, Sungai Besar, dan Sekincan. Alhamdullilah sepanjang perjalanan cuaca sangat baik. Seronok rasanya dapat menikmati pemandangan yang berbeza iaitu daripada kawasan pokok kelapa sawit, Pokok Getah, Pokok Kelapa, Pokok Tebu, Pokok Pisang dan akhirnya permandangan yang begitu indah iaitu sawah padi. Kami sampai di jeti lumut pukul 12.30 dan seterusnya kami parking kereta di tempat parking kereta yang dikhaskan berbumbung harganya untuk 3 hari 2 Malam RM14.00. Setelah itu kami menjamu selera di jetty sahaja sementara menunggu feri yang akan bergerak pukul 1.45 petang. Saya bawa bekal dari rumah iaitu nasi impit, rendang daging (habiskan daging korban raya haji) dan kuah lodeh. Tapi sayang kuah lodeh yang saya bawa tak dapat dimakan kerana kuahnya sudah masam. Lain kali kalau nak jalan jauh tak boleh bawa makanan yang bersantan kerana cepat basi. Setelah selesai makan tengahari kami menuju ke kaunter tiket feri yang dikhaskan untuk penumpang ke Pangkor Island Beach Resort. Harga tiket RM12.00 untuk dewasa dan RM9.00 untuk kanak-kanak. Dari Jeti Lumut untuk sampai ke Jeti Pangkor Island Beach Resort mengambil masa lebih kurang 30 minit. Semasa perjalanan di dalam feri menuju ke Pangkor Island Resort kami dapat melihat kapal-kapal TLDM Lumut yang besar dah Indah. Sampai di Jeti Pangkor Island Beach Resort kami dibawa Bas yang dikhaskan untuk ke hotel. Cantik sungguh pemandangan sekitar hotel dan pantainya yang sungguh bersih dan indah. Ramai pengunjung yang datang maklumlah cuti sekolah. Kami terus menuju ke bilik berehat dan solat. Pada sebelah petang aktiviti yang dinanti-nanti oleh anak-anak iaitu mandi kolam. Lepas puas mandi kolam kami semua menuju ke pantai untuk bermain-main pasir dipantai dan mandi laut. Kami bercadang untuk makan malam diluar tetapi teksi untuk keluar ada setakat pukul 9.00. Malamnya kami Dinner secare buffet di Hornbill Restaurant di hotel sahaja. Pilihan makanannya sangat banyak dan semuanya nyum...nyum sedap. Selesai Dinner kami jalan-jalan di sekitar kawasan hotel kalau nak tengok Live Band pun boleh kena bayarlah. Ada tempat permainan di disediakan oleh pihak hotel antaranya pool dan pingpong. Kami terus menuju ke bilik untuk tidur kerana semuanya sudah penat.

Thursday, December 3, 2009

Puisi "KEKASIH" yang dipersembahkan oleh Puan Norlin


KEKASIH


Akan kupintal buih-buih

menjadi tali

mengikatmu

akan kuanyam gelombang-gelombang

menjadi hamparan

ranjang tidurmu


Akan kutenun awam-gemawan

menjadi selendang

menudungi rambutmu


Akan kujahit bayu gunung

menjadi baju

pakaian malammu


Akan kepetik bintang timur

menjadi keronsang

menyinari dadamu


Akan kujolok bulan gerhana

menjadi lampu

menyuluhi rindu


Akan kurebahkan matari

menjadi laut malammu

menghirup sakan madumu


Kekasih, hitunglah mimpi

yang membunuh realiti

dari syurga ilusi.


~ USMAN AWANG ~

Monday, November 23, 2009

Sambutan hari Lahir Nur Dini binti Norishak Yang Ke 4 Tahun

Selamat Hari Lahir Mama Sayang Dini


Wajah-Wajah Kesayangku

Mama pun nak bergambar sama

Dini Potong Kek

Kek Coklat Dora Sedap

Saya memang dah lama rancang untuk membuat majlis sambutan hari lahir Dini. Hari Jumaat lepas balik dari kerja saya mengadakan majlis sambutan hari lahir Dini di rumah untuk kami sekeluarga sahaja. Dini merupakan peminat setia Kartun Dora hari-hari mesti tengok kartun Dora kat TV9. Semuanya Dora bekas air Dora baju pun nak baju Dora. Nasib baik En. Suami dah belikan baju Dini kat Dubai. Harga baju Dora bukannya murah ada jual kat Mother Care. Untuk kek pula saya tempah dari kak Misleha sebabnya kak Mis pandai buat kek Kartun Dora. Dah tanya orang lain semua tak sanggup nak deko kek kartun dora. Semua barang hiasan dan permainan untuk birthday Dini saya beli di L Mart Ampang Park. Banyak barang untuk birthday party disitu. Saya juga membeli KFC untuk kami semua menjamu selera. Buat Dini "Mama ucapkan Selamat Hari Lahir Sayang Dini".

Tuesday, November 17, 2009

Selamat Hari Lahir Nur Dini binti Norishak

Nur Dini ketika berumur 3 tahun


Dini 3 tahun

Dini 3 tahun
Dini 2 Tahun

Dini sekarang nie 4 tahun

Hari ini 20.11.2009 adalah hari lahir Nur Dini binti Norishak anak saya yang No. 2. yang ke 4 tahun. Kenangan kelahiran Dini dimuka bumi ALLAH ini tak pernah saya lupakan iaitu satu peristiwa yang penuh keajaiban. Biarpun ketika mengalaminya terasa perit, namun selepas semuanya berlalu ia menjadi kenangan manis untuk dikenang. Semasa saya disahkan mengandung anak ke 2 anak pertama saya sudah berumur 3 tahun. Alhamdullillah Nina dah cerdik dah pandai bawa diri sendiri. Ketika awal kehamilan anak ke 2 juga En. Suami mendapat tawaran kerja di Luar Negara iaitu Sudan. Tapi Alhamdullilah apabila kandungan saya masuk bulan ke 6 En. Suami sudah kembali semula ke Malaysia. En. Suamilah yang menemankan saya menjalani check up bulanan dan seterusnya mingguan Di Ampang Puteri Specialist Hospital. Sepanjang kehamilan anak yang kedua ini saya tak menghadapi apa-apa masalah yang serius. Tapi seperti anak pertama tekanan darah saya tidak stabil. Ketika kandungan saya masuk bulan ke 8 saya telah ditahan di hospital kerana tekanan darah saya tinggi. Seperti biasa dah kena tahan kat hospital saya sentiasa di moniter oleh jururawat2 dan doktor yang sangat baik hati. Tapi saya tak suka kena duduk hospital nie hu..hu..hu.... sedihnya. Hari-hari En. Suami dan Nina datang melawat saya kat hospital. Setelah 4 hari saya ditahan dihospital saya mendapat berita gembira bahawa saya dibenarkan pulang esok harinya. Kuasa Allah menentukan segalanya malam tu saya sakit perut tak dapat tidur. Saya ada memberitahu jururawat tapi dia mengatakan saya salah makan. Saya berasa sedikit lega apabila asyik berulang ke tandas tak ingat berapa kali banyak rasanya he..he.... Tapi selepas saya ke tandas sakit tu tak juga hilang-hilang. Saya cuba nak tidur tapi sakit juga. Dalam pukul 3.00 pagi saya rasa bertambah sakit. Saya panggil jururawat dah memaklumkan saya dah tak tahan sakit. Jururawat pun segera memasang alat untuk monitor jantung bayi di perut saya tapi saya dah tak boleh duduk diam. Jururawat pun dah panik dah teruk check pintu rahim saya. Ya ALLAH rupanya kepala bayi dah nak keluar. Ketika itu juga saya terus rasa sakit nak bersalin. Sempat lagi telefon En. Suami suruh datang dengan segera. Dalam keadaan kelam kabut tu saya terus ditolak ke Labour Room dengan katil tempat saya tidur tu juga. Ketika ini saya dah tak sedar apa dah. Alhamdullilah apabila saya sedar saya telah selamat melahirkan seorang puteri dan En. Suami dah ada disebelah saya menemani saya ketika itu. Rupa-rupanya ketika saya bersalin saya di sambut oleh seorang doktor lelaki tak salah saya doktor Marlik ini kes ON CALL la. Doktor Fauziah tak dapat datang kerana out station. Tak apalah ini dinamakan darurat. Sebenarnya ketika saya sakit tu saya tak dapat bayangkan sakit nak bersalin kerana anak pertama saya telah diinduce. Lagipun tarikh bersalin saya ada lagi sebulan. Puteri ke 2 saya lahir pukul 3.34 pagi dengan berat 2.98 pada tarikh 20.11.2005. En. Suami yang memberikan nama kepada puteri kami iaitu NUR DINI BINTI NORISHAK yang membawa maksud cahaya keagamaan. Mama dan baba sentiasa berdoa semoga Nur Dini menjadi anak yang Solehah berjaya didunia ini dan jua di akhirat Amin. Mama dan Baba Sayang Dini.

Monday, November 16, 2009

Dua orang anak dara saya dahi bertanda


Ini anak sulung saya Nur Husnina binti Norishak. Peristiwa ini berlaku ketika saya berpantang anak ke 3 dikampung saya. Semasa di kampung Nina suka sangat main lari-lari maklumlah rumah kampung luas. Entah macam mana seronok sangat main lari-lari Nina terjatuh dan dahinya terlanggar bendul simen. Lukanya tidaklah serius sangat. Baba dia aje yang jadi doktor tolong bersihkan luka dan tampal dengan pembalut. Tapi sampai sekarang tanda kat dahi Nina masih ada walaupun sikit ajelah.




Peristiwa ini telah lama berlaku tapi tetap akan saya ingati sampai bila bila-bila pun. Peristiwa yang ke dua mengenai anak saya yang ke dua iaitu Nur Dini binti Norishak. Peristiwa ini berlaku ketika Dini dibawah jagaan Nurseri di taman kami. Bukan tujuan saya untuk memburukkan sesiapa tetapi ada perkara yang menyebabkan saya tidak puas hati. Apa yang pihak Nurseri ceritakan ada dua orang budak kecil telah mengangkat Dini lalu terjatuh dan dahinya terkena bendul simen. Kalau perasan di gambar No. 2 iaitu gambar Nina yang tengah duduk tu ada pembahagi lantai diantara dapur dan hall yang tidak sama. Disitulah tempat Dini jatuh sehingga dahinya terbelah. Pihak Nurseri langsung tidak menelefon kami tentang peristiwa ini. Ketika pulang dari kerja baru kami perasan yang dahi Dini bertampal. Kata pihak Nurseri dia telah bawa Dini ke Klinik berhampiran doktor hanya menampal dahinya yang terbelah itu. Tetapi apabila malam ketika tidur saya perasan yang dahi yang terbelah itu terbuka semula. Malam itu juga kami membawa Dini ke Gleneagles. Sampai di Gleneagles doktor memaklum dahi Dini perlu dijahit kerana luka di dahi Dini sebenarnya dalam. Dini terus dibius dan malam itu juga dahi Dini dijahit oleh doktor pakar. 12 jahitan telah dijahit di dahi Dini. Malam itu juga kami dibenarkan pulang kerumah. Kalau dah besar nanti Dini fahamlah kenapa dahinya bertanda bila baca blog Mama.

Cahaya Cinta

Dia telah telah menentukannya
Kita Bertemu dan bercinta
Inilah oh takdirnya
Bukan kerana harta
Inilah citra cahaya cinta

Pintu hatiku telah kau buka
Tak mampu ku menafikannya
Kejujuran diberi
Kasih datang terhenti
Ini bahagia yang ku cari

Sayangi daku
Peluklah daku
Janji dengan ku
Semai cinta nan satu

Tuhan menguji
Takkan berhenti
Hanya ku pinta
Sama setia menjaga
Hingga ke alam SYURGA

Monday, November 9, 2009

Peminat Minyak Wangi II

Saya dah lama sangat teringin nak beli minyak wangi Bylgari Rose Essentielle nie tapi tengok harga dia yang mahal pendamkan aje hasrat dihati. Bila En. Suami offer nak belikan minyak wangi saya terus cakap nak minyak wangi Bylgari Rose Essentielle. En. Suami belikan di Abu Dhabi harganya amat berpatutan.

Yang nie Burberry London Woman. saya sukakan bau minyak wangi nie.



Inilah semua minyak wangi yang saya minta En. Suami belikan. Terima kasih banyak buat En. Suami tercinta I LOVE YOU VERY MUCH.

TIP PILIH MINYAK WANGI IDEAL

1. Ketahui fungsi minyak wangi iaitu daripada jenis Eau de Parfum (minyak) atau Eau de Toilette

2. Eau de Parfum lebih bertahan lam berbanding Eau de Toilette.

3. Bau haruman pada botol tidal semestinya sama selepas anda memakainya. Sebaiknya, sembur haruman pada kertas atau di pergelangan tangan untuk mendapat pengesahan.

4. Biarkan beberapa minit untuk mendaptkan bau sebenar meresap lalu dipastikan serasi tau tidak.

5. Sembur minyak wangi pada pergelangan tangan, bahagian nadi dan leher untuk memastikan haruman tahan lama dan merebak.

6. Tidak semestinya haruman yang dipakai orang lain sama kesannya dengan anda kerana faktor biologi dan hormon badan manusia.

7. Hidu biji kopi andai anda ingin segera menghilangkan bau haruman dan mencuba haruman lain.

8. Ada minyak wangi menjanjikan haruman berkekalan sehinga lapan jam apabila disembur. Secara purata kesan bau haruman mampu bertahan empat jam.

9. Usah terburu-buru membuat keputusan untuk membeli minyak wangi. Anda dibenarkan untuk menghidu pelbagai haruman mengikut cita rasa.

10. Akhir sekali, jangan malu mendapatkan bantuan jurujual untuk memperoleh lebih banyak maklumat mengenai sesuatu produk.


KATEGORI HARUMAN

Bunga-bungaan - Unsur bunga banyak berkait rapat dengan feminin dan elemen romantis.

Buah - Campuran ekstrak buah pilihan sesuai untuk membangkitkan unsur segar dan hangat.

Lautan - Eleman sintetik dan bau alam menjanjikan haruman tahan lebih lama.

Kehijauan - Unsur segar yang memberi inspirasi haruman alam semula jadi.

Orential- Erotik dan seksi mengandungi bau-bauan seperti vanila, kasturi, rempah dan bunga-bungaan.

Tumbuhan kayu - Inspirasi unsur alam - haruman ini kaya dengan bau kulit kayu dan tumbuhan tropika.

Peminat Minyak Wangi I

Saya merupakan seorang peminat minyak wangi. Kalau tak percaya cuba tengok koleksi minyak wangi yang telah habis saya gunakan. Lagi satu saya juga suka mengumpul botol-botol minyak wangi kerana kecantikan dan keunikan botolnya. Ada juga diantara botol-botol ini kepuyaan En. Suami dia juga peminat minyak minyak wangi sama seperti saya.
Yang ini minyak wangi Lara Arabian Oud. Baunya wangi dan sedikit kuat seperti minah-minah arab. En. Suami belikan saya di Dubai. Kalau sesiapa berminat boleh berkunjung ke KLCC dah ada Kedai Arabian Oud tingkat berapa tak pasti. Harga dah tentulah mahal kalau nak bandingkan harga Dubai. Kotaknya sangat cantik siap ada sekuntum bunya ros.

Ini cinta hati saya sejak dulu kini dan selamanya. Estee Lauder Pleasure Delight. Yang ini 30ml je senang nak bawa kemana-mana masukkan saja ke dalam beg tak berat sangat. Beli masa di LCCT berkembar dua untuk 30ml harga RM180.00.

Fantasy Britney Spears En. Suami cakap bau yang dia paling suka. En. suami belikan di Abu Dhabi. Cantikkan botol dia.

Nina Ricci semua orang mesti suka sebab keunikan botolnya. Saya minta En. suami belikan. En. Suami beli di Abu Dhabi harganya jauh lebih murah berbanding kat Malaysia.

Tuesday, November 3, 2009

Adakah Cinta Memerlukan Sebab????

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan. Abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata

Suami : "Baiklah! Abang mencintai sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.

Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

Monday, November 2, 2009

Hari Ini Genap Setahun

Hari ini 3/11/2009 genaplah setahun En. Suami berada di Perantauan mencari rezeki. Ingat lagi saya pada tarikh 3.11.2008 saya, anak-anak, mak mertua dan adik ipar menghantar En. Suami ke LCCT kerana En. Suami telah dihantar oleh syarikatnya untuk bekhidmat di Dubai selama 2 tahun. Begitu payah rasa untuk membuat keputasan tetapi itulah rezeki untuk kami sekeluarga dengan berat hati ku terima jua. Maka berkumandanglah suara tangisan saya di LCCT melepaskan En. Suami tak malu dah masa nie. Tidak lama di Dubai En. Suami kemudian berpindah pula ke Abu Dhabi. Ini adalah kali kedua En. Suami bekerja di Luar Negara. Kali pertama En. Suami dihantar ke Sudan nasib baiklah tak lama lega. Walaubagaimana pun kadang-kadang berjauhan dengan suami membuat kita menjadi lebih berdikari dah tabah. Alhamdullillah berjaya juga saya mendapatkan lesen kereta tapi nak bawak kereta jauh sikit masih lagi takut.
Semoga En. Suami disana akan sentiasa dalam rahmat dan lindungan ALLAH. Semoga dipermudahkan segala urusan, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dijauhkan dari segala bentuk kejahatan dan kecelakaan. I Love You Forever.

Kecantikan Wanita

Wanita sinonim dengan kecantikan. Istilah "cermin" dalam bahasa Arab dekat sangat dengan wanita – kerana cermin itu dekat pula dengan kecantikan. Bercermin untuk kelihatan cantik. Ke mana-mana wanita pergi, cermin ada di sisi.

Bagi yang tidak cantik bagaimana? Mereka bukan wanita?

Tunggu dulu, setiap yang Allah cipta pasti indah kerana Allah itu Maha Indah dan suka pada keindahan. Tuhan tidak mencipta manusia hodoh, Tuhan hanya mencipta manusia dengan kecantikan berbeza. Jadi, ingat itu… setiap wanita berhak untuk cantik!

Soalnya, di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita? Kalau kita tanyakan kepada para lelaki maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan. Ada yang merasakan kecantikan wanitaitu pada wajah, pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya.

Dan pada yang menyatakan kecantikan pada wajah pula terbahagi kepada pelbagai pandangan, ada yang mengatakan kecantikannya terletak pada hidung, pada mata dan sebagainya. Pendekata kecantikan itu bagi anggapan sesetengah orang sangat relatif sifatnya. Lain orang, lain penilaiannya.

Namun sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur tersendiri untuk menilai kecantikan. Kita tentunya mengukur kecantikan wanita mengikut kayu ukur Islam. Dan tentu sahaja kecantikan yang menjadi penilaian Islam adalah lebih hakiki dan abadi lagi.

Misalnya, kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajah itu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat sementara. Apabila usia meningkat, kulit akan berkedut tentulah wajah tidak cantik lagi. Jadi tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi.

Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh-Nya lebih tepat dan betul. Apakah kecantikan yang dimaksudkan itu? Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak. Itulah misi utama kedatangan Rasulullah SAW – untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Kecantikan akhlak jika ada pada seseorang, lebih kekal. Inilah kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. Hancur badan dikandung tanah, budi baik di kenang juga. Kecantikan akhlak ini juga adalah satu yang lebih abadi. Kata pepatah lagi, hutang budi dibawa mati. Malah akhlak yang baik juga sangat disukai oleh hati manusia. Contohnya, kalaulah ada orang yang wajahnya sahaja cantik tetapi akhlaknya buruk, pasti dia akan dibenci.

Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah pada akhlak dan budi. Kecantikan akhlak ini diterima oleh semua orang. Katalah orang jujur, siapapun suka. Semua orang sepakat menyayangi orang yang jujur itu disukai. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, penilaian manusia tetap tidak sama. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan, ‘beauty in the eye of beholder’.

Rasulullah saw juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah-tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik.

Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat. Para isteri ini akan memudahkan urusan rumah-tangga, menjalinkan hubungan keluarga dengan penuh kasih-sayang dan lain-lain. Tuturkatanya baik, tingkah lakunya baik, senyumannya menawan dan segala-galanya indah… mereka bayangan bidadari syurga di dunia ini.

Kenapa banyak wanita yang memiliki kecantikan tetapi musnah hidupnya? Ada ungkapan yang berbunyi, kemusnahan akan menimpa bila wanita mula merasai dirinya cantik dan mempamirkan kecantikan. Sejauhmana benarnya, wallahua’lam. Tetapi apa yang pasti, menurut Islam jika kecantikan tidak disertai iman yang kuat, maka pemiliknya akan hilang kawalan diri. Akibatnya ramai wanita cantik diperdayakan oleh syaitan untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran. Lihatlah di sekeliling kita. Kata orang, bunga yang cantik jarang yang harum! Ini sudah menjadi sesuatu yang lumrah.

Tanpa iman, kecantikan akan dipergunakan ke arah kejahatan dan kemaksiatan, yang akhirnya akan memusnahkan diri pemiliknya dan orang lain. Cuba kita lihat apa yang terjadi kepada bintang filem barat (di sinipun apa kurangnya), ada yang memporak-perandakan negara, rumah-tangga dan berakhir dengan sakit jiwa dan bunuh diri.

Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikkan itulah yang salah. Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bunga yang cantik, jarang yang wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah yang hebat. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah RA, Atikah binti Zaid dan lain-lain.

Bagaimana mendapat kecantikan sejati? Perlu kita faham kecantikan itu bermula dari dalam ke luar. Bukan sebaliknya. Oleh itu pertama, tanamkan di dalam hati kita iman yang benar-benar kuat berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi. Iman itu keyakinan, kasih sayang, kemaafan, sangka baik dan reda. Rasa-rasa ini buktikanlah dengan perbuatan yang baik. Bila hati baik, wajah akan sentiasa cantik.

Jadi perkara kedua ialah susulilah iman itu dengan perbuatan yang baik. Ertinya, kita atur kehidupan mengikut syariat atau peraturan Tuhan. Dan apabila iman ditanam, syariat ditegakkan, akan berbuahlah akhlak yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantik sekali. Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki. Biar buruk rupa, jangan buruk perangai. Apa gunanya mulut yang cantik kalau kita gunakan untuk mengumpat?

Ya, kecantikan akhlak… boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, oleh yang rupawan mahupun yang hodoh. Itu bukti keadilan Allah yang mencipta wanita dengan berbagai wajah dan rupa… tapi peluangnya untuk "cantik" tetap serupa!

Wednesday, October 28, 2009

Lunch Department at Benkay Japanese Restaurant, Hotel Nikko

Benkay Japanese Restaurant


Hiasan Meja

Set pilihan saya "Assorted Tempura" nyum..nyum


Siapa suka makan sashimi

Bergambar dulu sebelum makan

Semalam hari Rabu 28.10.2009 ada lunch department di Benkay Japanese Restaurant di Hotel Nikko. Semua rakan sekerja ada kecuali Natrina dia MC. Biasalah tempat makan mahal-mahal macam nie mestilah Bos yang belanja. Terima kasih banyak Puan Norlin. Nama pun restoren jepun maka menu makanan yang akan dihidangkan semua stail jepun le. Sesiapa yang suka makan makanan jepun bolehlah cuba menu-menu yang ada di restoren nie harganya boleh dikatakan mahal juga. Kalau setakat tempura saya boleh makan tapi kalau sashimi tu memang saya tak lalu nak makan dan tak pernah rasa nak cuba pun.

Tuesday, October 27, 2009

Anak Nak Exam Mama Yang Terlebih Susah Hati

Minggu nie semua sekolah rasanya dah mula mengadakan peperiksaan akhir tahun. Anak saya nina akan menduduki exam Sekolah Agama Kafa mulai Khamis 29/10/2009, Jumaat 30/10/2009 dan berakhir Isnin 2.11.2009. Sementara Sekolah Kebangsaan bermula dari Selasa 3/11/2009 sehingga Isnin 9/11/2009.
Saya tetap berdoa, memohon dan merayu kepada ALLAH agar segala-galanya dipermudahkan untuk Nur Husnina Binti Norishak dalam menjalani exam itu nanti. Semoga diterangkan hati, diberikan kemudahan menjawab setiap kertas peperiksaan dengan cemerlang dan gemilang. Semoga nina berjaya dengan lebih cemerlang lagi nanti.... Insyaallah.

Thursday, October 22, 2009

Kedai Bake With Yen Chow Kit

Macam-macam corak kotak kek cantik


Muffin Cups & Cups Cakes


Loyang Kek & Kuih

Sempat lagi ambil gambar


Nie aje yang dibeli

Waktu rehat tenggahari tadi saya bersama-sama kak tini, rina dan kak du pergi ke chow kit. Rasanya dah lama betul saya tak pergi ke chow kit last pergi pun dah tak ingat bila. Bila sebut Chow Kit teringat zaman bujang masa menyewa rumah kat Jalan Raja Alang. Selalu juga pergi chow kit untuk membeli barang-barang keperluan rumah tak rasa takut pun masa tu. Tapi sekarang nie kalau nak ke chow kit sorang-sorang tidaklah rasanya. Tujuan kami pergi ke chow Kit adalah untuk membeli barang-barang membuat kek. Sekarang nie semua orang tengah bersemangat nak buat kek. Ini adalah kerana kejayaan rina telah menghasilkan sebiji Cheese Kek Oreo yang sangat lazat. Semua orang minta resepi dia. Maka kami semua ke chowkit mencari barang-barang keperluan membuat Cheese Kek. Banyak betul barang-barang untuk membuat kek dan kuih raya yang boleh diborang disini. Harganya pun murah dan sangat berpatutan. Tokey jual kek mesti borong barang kat sini. Saya hanya membeli Muffin Cups, Chocolate Muffin Mix dan Moist Chocolate Mix. Saya nak cuba buat muffin dulu. Resepinya senang aje ikut kat bungkusannya sahaja.

Sunday, October 18, 2009

Menghadiri 2 Majlis Perkahwinan

Ida, Bibik Baru, Saya, Kak Ema, Anak kak Ema


Hezla, Kak Ema, Saya, Ida dan anak-anak

Bersama dengan Ida

Perkahwinan Muhib & Pasangan

Perkahwinan Hassan & Maszlin

Hari Ahad 18.10.2009 saya telah menghadiri 2 majlis perkahwinan serentak. Kami konvoi beramai-ramai sebanyak lima buah kereta pergi menghadiri majlis perkahwinan kawan En. Suami yang sama-sama bekerja di Dubai dan Abu Dhabi. Kenduri yang pertama kami pergi ke Majlis perkahwinan Hassan & Maszlin yang terletak di Felda Bukit Ceraka. Jauh jugak tempat nie rupanya. Seterusnya setelah kenyang menjamu selera dan bergambar kami menuju pula ke Kapar. Di Kapar adalah perkahwinan Muhib & Pasangannya. Kedua-dua pengantin adalah bertemakan warna oren macam berjanji je mereka ini. Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada kedua-dua pasangan pengantin.