Thursday, June 25, 2009

Terima Kasih Puan Dan Report Kad

Semalam waktu tengahari Puan iaitu panggilan ketua Jabatan Undang-Undang belanja staff makan ditempat mahal. Puan belanja kami semua di Restoren Bombay Palace di Jalan Tun Razak. Makanan kat situ adalah masakan dari india yang banyak menggunakan rempah ratus. Sedap makanan kat Bombay Place tetapi mahal. Tempatnya pun cantik dan privacy. Ini adalah kali kedua Puan belanja semua staff Legal seramai 7 orang untuk tahun 2009. Pertama Puan belanja di Delicious Dua Residency makanannya pun best. Terima kasih sekali lagi untuk Puan yang memang cantik dan vogue.
Sebelah petang pula saya minta kebenaran keluar awal untuk pergi ke sekolah anak sulung saya nina darjah 1 berjumpa dengan guru kelas dan ambil report kad. Kak tini pun hendak mengambil report kad anaknya sangat baik hati menghantar saya ke sekolah nina. Saya berjumpa dengan guru kelas nina iaitu Cikgu Rahimah. Alhamdullillah saya gembira dengan keputusan report kad nina. Semoga nina lebih rajin dan berusaha tanpa jemu untuk lebih berjaya didunia dan akhirat. Kebetulan semasa disekolah saya berjumpa dengan jiran saya dayana dan menumpangkan nina balik kerumah. Saya dan kak tini kembali semula ke pejabat untuk meneruskan kerja-kerja yang belum selesai.

Wednesday, June 24, 2009

SEMALAM YANG SEDIH

Semalam saya berpuasa. Pada waktu tengahari saya sudah membeli lauk di Tabung Haji untuk berbuka nanti kerana saya rasa tidak sempat masak waktu balik dari pejabat pukul 6.00 petang. Pada waktu petang hujan turun dengan lebat. Bila balik dari pejabat saya menumpang kawan pergi ke Ampang Park. Saya berbuka puasa berseorangan di Restoren Nasi Lemak Antarabangsa Ampang Park makan Mee Goreng dan Minum Air Asam Boi. Ok jugak makanan kat situ. Selepas berbuka saya menunggu anak buah saya ambil di Ampang Park. Di luar Hujan masih lebat. Jam ditangan menunjukkan pukul 8.30 malam tiba-tiba hati saya rasa sedih kerana saya sorang-sorang di Ampang Park. Saya sampai rumah pukul 9.30 malam. Anak-anak saya berlari mendapatkan saya di muka pintu kerana saya tidak pernah balik selewat ini.

Tuesday, June 23, 2009

1 REJAB 1430

Rejab ertinya kebesaran, keagungan dan kemuliaan kerana itu Allah limpahkan rahmat terhadap hamba2nya yang beramal dalam bulan Rejab seperti berpuasa, berzikir, bersedekah dan beramal pada malamnya (solat tahajud, solat witir, solat tasbih dan bacaan Al-Quran dll).
Sabda Nabi S.A.W. :
"BULAN REJAB BULAN ALLAH, BULAN SYAABAN BULANKU DAN BULAN RAMADHAN BULAN UMATKU."
Di mana kemuliaan bulan Rejab dengan malam Israk-Mikraj, Syaaban dengan malam Nisfu Syaaban dan Ramadhan dengan malam Lailatul-Qadar.
Menurut apa yang saya baca :
1. Malam awal Rejab mustajab doanya. Jadi sama-sama la kita mengambil peluang ini untuk meluangkan sedikit masa berdoa pada waktu mustajab ini
2. Berpuasa di bulan Rejab mulai awal hingga akhir (atau setidak-tidaknya beberapa hari dalam bulan Rejab) akan mendapat pahala yang banyak serta dikurniakan pelbagai rahmat dari Allah S.W.T
3. Sedekah dalam bulan Rejab akan dijauhkan Allah S.W.T daripada api neraka
Ya Allah..
Begitu mudah Allah S.W.T memberi gajaran ke atas hamba-hambanya.Mudah bukan??
Jadi, harapan saya supaya kita sama-sama dapat memperbanyakkan amal dalam bulan Rejab ini.
Beramal la sekadar kemampuan iman masing2.Kalau tidak dapat semua tidak mengapa, asalkan kita tidak meninggalkan kesemuanya. Anggaplah satu kesilapan/kerugian besar jika kita meninggalkan amalan untuk bulan semulia ini.

Jalan-Jalan KLCC

Hari ini saya menemankan aida pergi ke KLCC. Kami makan di A & W rasanya dah lama tak makan kat A & W. Teringat kat En. Suami dia suka bawa kami makan A & W masa duduk di Ampang dulu. Lepas tu jalan-jalan sambil cuci mata tengok pameran barang kemas HABIB yang tengah buat sale untuk emas 916, white gold dan diamond.

Saya sempat singgah di stall minyak wangi arabianoud kat KLCC depan Guardian. Menarik jugak minyak wangi yang ada disitu. Haritu En. Suami ada belikan saya minyak wangi arabianoud iaitu LARA dari Dubai. Saya sangat suka baunya. Harga minyak wangi yang En. Suami belikan jauh lebih murah berbanding dengan KLCC.

Monday, June 22, 2009

Aktiviti Hari Sabtu dan Hari Ahad

Hari sabtu 20.6.2009 tak pergi mana-mana selalunya kalau cuti-cuti anak-anak nak mama dia mandikan terutamanya Dini. Kalau suruh bibik mandikan mesti dia tak nak punya. Tapi tak kisahlah hari-hari cuti niejelah sempat nak mandikan anak-anak. Macam biasalah masak untuk makan tengahari. Petang bawak nina, dini dan hamizan pergi taman kat kawasan rumah. Seronok tengok diorang dapat main kat luar. Malam dalam pukul 8.00 turun ke taman ada arerobik untuk kaum-kaum ibu ditaman perumahan nie. Seronok jugalah dapat bererobik sebab dah lama rasanya tak bersenam.


Hari Ahad 21.6.2009 pergi hantar baju saya, nina dan dini untuk hari raya nanti. Saya minta En. Suami belikan kain kat dubai. Cantik kain yang dipilih En. Suami. Biasanya saya suka anak-anak dan saya sedondon apabila pakai baju kurung dihari raya. Hamizan baba dah belikan sehelai baju jubah lelaki dan songkok dari dubai. Saya dah cuba pakaikan jubah tu sangat sesuai untuk hamizan. Tukang jahit baju saya dan anak-anak adalah jiran bawah rumah namanya Dayana ramai orang cakap saya dan dayana macam adik beradik. Sebenarnya tidak cuma saudara semasa islam.

Thursday, June 18, 2009

Assalamualaikum

Assalamualaikum.......

Alhamdullillah akhirnya dapat juga saya berblog. Sebenarnya keinginan untuk menulis blog sendiri telah lama wujud cuma keadaan tidak mengizinkan. Selalunya saya suka membaca blog-blog yang ditulis terutamanya blog masakan dan kehidupan seharian. Blog ini sebenarnya ditujukan untuk SUAMI SAYA TERCINTA iaitu Norishak bin Sidek yang sekarang nie mencari rezeki Di Abu Dhabi.
Sebagai permulaan cerita saya untuk hari ini saya bersama-sama dengan kawan satu ofis iaitu kak tini, kak du, rina dan aida pergi makan nasi beriani gam johor kat Restoren Ruz Aladdin bersebelahan dengan kedai Romantika kat Ampang. Ini kali kedua saya makan di sini. Sedap nasi beriani gam kat situ yang beraneka lauk selain tu ada juga mee bandung johor, mee rebus, western food pun ada. Semasa saya menulis blog ini
Tetiba terasa kerinduan datang mengusik jiwa,
Tiba-tiba airmata mengalir,
Tiba-tiba hati jadi sayu mengenangkan saat-saat manis,
Tiba-tiba segala yang dibuat jadi serba tak kena,
Tiba-tiba perasaan mula berkecamuk dengan seribu persoalan perasaan,
Yang pasti Jawapannya ........... AKU RINDU .......
Siapa, kenapa, mengapa dan bagaimana................
Hanya Allah saja yang mengetahuinya
Tiada Ungkapan nak dijelaskan erti sebenar RINDU, yang alaminya saja yang lebih tahu.