Tuesday, July 28, 2009

Selamat Hari Lahir Nur Husnina binti Norishak








Hari ini 29.7.2009 genaplah umur anak sulung saya nina 7 tahun. Selamat Hari Lahir sayang. Sempena hari kelahiran nina hari nie mama nak taip segala pengalaman mama semasa menggandung sehinggalah saat kelahirannya di dunia ini. Setelah genap dua bulan kami mendirikan rumahtangga saya telah disahkan oleh doktor bahawa saya menggandung. Saya dan suami merasa cukup bersyukur dan gembira. Suamiku sentiasa menjaga ku seperti menatang minyak yang penuh. Segala kemahuan dan keperluan ku dipenuhinya. Sepanjang awal kehamilan saya tidak mengalami apa-apa masalah. Bila kandunganku masuk bulan ke 7 saya disahkan doktor Fauziah yang tekanan darah ku tidak stabil. Saat ini saya berasa sangat sedih kerana ini pengalaman pertama. Suamiku sentiasa menemani semasa menjalani check up setiap bulan dan minggu. Saya menjalani check up di Ampang puteri Specialist Hospital. Alhamdullillah kerja kat PNB diberikan kemudahan staf memilih hospital-hospital swasta untuk menjalani check up sehingga melahirkan anak dari anak pertama hingga kelima. Setelah berbincang dengan suami dan bertanyakan pengalaman kawan2 saya telah memilih Doktor Fauziah bin Hassan di Ampang puteri Specialist Hospital. Semenjak saya disahkan oleh doktor bahawa tekanan darah tinggi saya sentiasa menjalani ckeck up dengan lebih kerap. Saya juga telah ditahan dihospital untuk memastikan tekanan darah stabil. Suami selalu mememani ku dihospital sehingga sanggup berkongsi katil dengan ku untuk tidur. Pengalaman pertama kena duduk hospital saya rasa sangat takut. Saya juga diberikan ubat. Doktor juga pernah memberikan mc supaya saya berehat dirumah dan ada seorang jururawat dihantar kerumah untuk menggambil tekanan darah saya. Kadang-kadang saya berasa sangat sedih dengan keadaan saya. Sebenarnya sepanjang saya bekerja di PNB saya tidak pernah MC Alhamdullillah. Semenjak saya mengandung doktor banyak menberikan saya mc supaya saya banyak rehat dirumah untuk mengawal tekanan darah. Doktor telah menetapkan tarikh untuk saya bersalin menandangkan tekanan darah saya tidak stabil. Doktor juga telah memberikan saya suntikan untuk mematangkan jantung anak saya. Pada malam 28.7.20002 saya telah dimasukkan ke hospital kerana doktor akan memasukkan ubat induce pada waktu pagi. Saat ini bermacam perasaan bermain di fikiran. Selepas subuh ada seorang jururawat telah memberikan saya ubat induce. Pada mulanya saya ok lagi. Suamiku sentiasa ada menemaniku disisi. Tidak lama selepas itu saya sudah merasakan kesakitan yang berterusan. Seterusnya saya dimasukkan ke Labour Room. Pengalaman pertama ke Labour Room. Jururawat mengarahkan saya menukar pakaian duduk atas katil dengan kaki diikat ke atas. Sangat ini kesakitan untuk bersalin tak dapat dibayangkan. Hanya mereka yang pernah bersalin secara induce dan normal saja yang tahu. Saya diberikan gas bagi mengurangkan kesakitan. Suamiku nampak pun sayup-sayup hanya kedengaran suaranya doktor dan jururawat supaya bersabar dan teran. Setelah puas menahan kesakitan dan meneran Alhamdullillah lahirlah seorang bayi perempuan tepat jam 1.00 tengahari pada 29.7.2002 dengat berat 2.09kg. Saya dan suami saya sangat bersyukur dan gembira menyambut cahayamata pertama kami yang sihat walafiat. Saya duduk dihospital selama tiga hari sebelum saya pulang terus kekampung halaman saya untuk berpantang. Sebenarnya kami belum menyediakan nama untuk anak sulung saya. Saya telah mencadangkan kepada suami supaya menamakan anak saya NUR HUSNINA BINTI NORISHAK. Suamiku bersetuju. NUR HUSNINA bermaksud cahaya kecantikan. Mama dan Baba doakan semoga nina menjadi seorang anak yang solehah berjaya didunia dan juga diakhirat. Mama dah Baba sangat sayangkan nina.

Thursday, July 23, 2009

Senyumlah Mama












Setiap anak-anak kita mestilah mempunyai perangai yang berlainan. Perangai anak-anak ini kadang-kadang saya perhatikan berubah-ubah mengikut pertambahan umur. Gelagat mereka yang pelbagai ragam memberikan kita cabaran dalam membesarkan mereka. Anak saya yang ke 2 iaitu Dini selalu menggunakan satu ucapan yang boleh membuat saya terus tersenyum walaupun dalam keadaan marah, sedih, khayal, nak tidur dan sebagainya. Setiap hari Dini cakap kat saya "SENYUMLAH MAMA". Hati saya rasa begitu teruja setiap kali Dini ucapkan perkataan berikut kepada saya. Mana dia dapat idea untuk mengucapkan ayat berikut kepada saya. Anak saya sulong Nina pun pernah memberikan kejutan dengan membelikan saya sekumtum bunga dan membuat sekeping kad sempena Hari Ibu tempohari. Dia menggunakan duit belanja sekolah untuk membelikan saya bunga tersebut. Saya rasa suka dan gembira.

Wednesday, July 22, 2009

Masalah Pembantu Rumah (Maid)

Rasanya mereka yang ada pembantu rumah mesti pernah menghadapi pelbagai masalah dan kerenah yang telah dibuat oleh pembantu rumah masing-masing. Saya pun kadang-kadang tak faham kenapa mereka seringkali menimbulkan masalah kepada majikan yang baik hati. Orang selalu cakap ambil maid nie kadang-kadang rezeki maid ok majikan tak ok, maid tak ok majikan ok. Pembantu rumah saya akan tamat perkhidmatannya pada bulan September nanti. Sekarang nie saya pun dalam proses nak menguruskan maid baru. Saya berdoa sekiranya ada rezeki dapat maid baru harap semua akan ok.

Wednesday, July 15, 2009

Alhamdullillah Saya Dah Lulus

Saya menggambil cuti selama 2 hari. Semalam 15.7.2009 hari rabu pukul 2.00 petang saya pergi mengambil ujian ulangan dengan JPJ untuk kali ke dua. Saya telah gagal untuk ujian mendaki bukit, parking dan ujian pusingan 3 penjuru pada kali pertama. Macam-macam perasaan ada semasa ujian itu berjalan. Saya telah membuat latihan sebanyak 3 jam pada hari selasa. Saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga dipermudahkan ujian ini. Syukur Alhamdullillah saya akhirnya berjaya mengharungi kesemua ujian dengan jayanya. Saya berasa sungguh gembira dan terus menelefon En. Suami memberitahunya saya dah lulus. Dia mengucapkan tahniah kepada saya.

Monday, July 13, 2009

Cerita Hari Sabtu dan Hari Ahad


Hari Sabtu saya dan anak-anak tidak pergi kemana-mana. Anak saya Dini dan Hamizan masih kurang sihat. Saya tidak benarkan mereka pergi ketaman permainan pada sebelah petang. Saya menghabiskan masa bersama-sama anak-anak saya dan memberikan mereka ubat mengikut masa yang ditetapkan. Sebelum ini kesemua anak-anak saya senang makan ubat Alhamdullilah. Tetapi sekarang Hamizan susah pulak nak makan ubat kenapa ya? Hari ini saya masakkan bubur putih bubur merah sempena hari lahir anak saya Hamizan. Dulu masa saya masih kecil orang-orang jawa di felda tempat tinggal saya selalu masak bubur ini pada hari kelahiran anak mereka. Saya juga masakan mee sup untuk anak-anak saya. Pada sebelah malam saya seperti biasa joint arobik yang bermula selepas Isyak. Sebenarnya selepas arobik ada Acara Bakar Satay untuk penduduk di taman saya. Saya tak dapat joint kerana anak-anak saya tidak sihat. Kesian mereka nak keluar malam-malam.

Hari Ahad pukul 1.00 petang saya pergi kerumah baru Kak Laila. Dah lama teringin nak pergi kerumah kak laila. Alhamdullillah sampai juga akhirnya. Kak Laila mengadakan kenduri arwah. Kak laila beli tanah dan buat rumah di Gombak dekat dengan UIA. Cantik sungguh rumah kak laila persekitarannya pun nyaman. Cuma ini kali pertama saya pergi rumah kak laila sampai tersesat-sesat nak cari rumah. Semua makanan yang dihidangkan sedap-sedap belaka.

Sambutan Hari Lahir Muhammad Hamizan bin Norishak











Pada hari khamis 9.7.2009 lepas balik dari pejabat saya pergi ke Ampang Park. Saya membeli sebiji kek kecil untuk menyambut hari lahir anak saya Hamizan. Saya membeli sedikit barang-barang untuk acara potong kek seperti belon, topi birthday dan tiup2 untuk anak-anak saya. Sampai di rumah saya meneruskan acara memotong kek dan mengambil gambar. Tapi anak saya Nina dan Dini yang lebih-lebih nak tiup lilin. Adiknya Hamizan asyik nak lari sahaja dari diambil gambar. Nak suruh tiup lilin dan potong kek punyalah susah. Saya bersama-sama anak-anak saya, bibik dan anak buah meraikan sambutan hari Lahir Muhammad Hamizan yang ke 2 tahun. Saya sedih kerana sambutan hari lahir tahun ini Baba Hamizan tak dapat joint kerana berada jauh diperantauan (Abu Dhabi) mencari rezeki.










Thursday, July 9, 2009

Tip : Menjalani Kehidupan Sewaktu Berjauhan

  • Kepercayaan dan kejujuran pasangan amat diperlukan kerana apabila berjauhan segala bentuk layanan, perhatian, belaian tidak dapat dipenuhi secara tabii. Ia perlu diuruskan dengan sendiri dan belajarlah untuk berdikari.
  • Suami yang jauh daripada keluarga mesti sentiasa ingat diri bahawa insan lain amat mengharapkan ketulusan dan ketelusan apa sahaja yang dilakukan kerana anda sahaja yang mampu mengawalnya.
  • Isteri yang berjauhan dengan suami pula mesti menjaga maruah dan kehormatan diri serta memastikan tanggungjawab terhadap anak-anak dilaksanakan dengan sempurna.
  • Berjauhan tempat kerana bertugas bukanlah menjadi penghalang untuk saling menyatakan perasan rindu dan sayang tersemat di hati. Jadikan kejauhan untuk membina hubungan yang rapat dan menpercayai antara satu sama lain.
  • Jika fikiran dan perasaan mulai menerawang kepada sesuatu yang tidak sewajarnya cepat-cepatlah kembali kepada fitrah yang baik iaitu Tuhan sentiasa melihat dan mengetahui apa yang anda lakukan. Walaupun disorok sekalipun pasti akan diketahui satu hari nanti.
  • Bayangkan wajah-wajah mereka pada nanti dengan seribu harapan pada anda dan rasakan apa yang mereka mahu anda fahami tentang masa depan mereka jika anda memilih untuk mencapai kepentingan peribadi anda sendiri.