Wednesday, August 26, 2009

Hari Kelima Puasa

Hari nie ingat nak singgah pasar ramadan di taman len seng. Nina cakap nak makan kek coklat. Kat situ ada satu tempat jual pelbagai jenis kek tiap tahun ada tahun nie tak tahu ada ke tak. Tapi masa nak balik pukul 6.00 petang hujan turun dengan lebat. Anak buah saya dah sampai menunggu saya di Basement PNB. Hujan sangat lebat tak dapat nak balik lagi. Ada kawan ajak buka puasa kat Tabung Haji. Tapi tak sampai hati nak biarkan nina buka puasa dengan bibik. Lebih kurang pukul 6.45 hujan hampir reda saya pun balik ke rumah. Saya singgah beli Mc Donald kerana memang tak sempat nak pergi pasar ramadan. Saya sampai di rumah betul-betul Azan Maghrib berkumandang menanda waktu berbuka. Malam saya masak ayam masak lemak untuk bersahur. Esok saya mesti belikan kek coklat untuk nina.

Hari Keempat Berpuasa

Hari nie saya dah berkerja semula. Saya nenelefon anak saya nina dia cakap nak buka puasa dengan Kuih Teow Goreng dan Air Soya. Sebelah petang saya pergi ke pasar malam untuk membeli ikan, sayur, buah untuk keperluan rumah. Ingat kat pasar malam ada orang jual juadah berbuka puasa rupanya tak ada. Saya singgah ke kedai makan berhampiran dengan rumah order Nasi goreng USA Ayam 2 bungkus (untuk saya dan karim), Nasi Goreng Kampung (untuk bibik) dan Kuih Teow Goreng (untuk nina). Saya juga beli sekotak besar Air Soya Yeos. Saya memang tak sempat nak masak untuk berbuka kerana saya keluar dari pejabat pukul 6.00 petang. Selepas berbuka dan saya masak udang masak sambal lauk untuk bersahur nanti.

Berpuasa di Kampung

Hari Jumaat malam saya, anak-anak, bibik dan anak buah saya bertolak balik Kampung Lui Selatan rumah emak saya. Saya bercadang berpuasa dikampung bersama-sama emak, abah dan adik-adik saya. Adik saya Taufik juga balik ke rumah emak saya. Hari pertama kami bersahur emak saya masak burung puyuh masak kicap, telor dadar dan sayur goreng. Anak saya Nina juga saya suruh dia bangun bersahur. Saya berazam supaya nina dapat berpuasa penuh tahun ini. Pada pagi sabtu saya pergi kerumah emak mertua saya bersama dengan kakak ipar, adik ipar, taufik dan karim. Kami naik kereta yang berasingan. Tujuan saya balik rumah emak mertua saya dimelaka kerana ingin melawat adik ipar saya busu yang kemalangan malam tadi. Tetapi apabila sampai ke melaka adik ipar saya belum sampai ke rumah emak mertua saya. Lebih kurang tiga jam menunggu adik ipar saya balik semula ke rumah emak saya di Lui Selatan kerana saya berjanji mahu berbuka puasa dirumah emak saya. Emak saya telah masakkan makanan kegemaran kami sekeluarga Laksa, Air Soya, dan Kuih Keria jiran bagi. Saya juga singgah Pasar Ramadan di Bandar Baru Serting untuk membeli kuih-muih. Saya sempat sampai kerumah untuk berbuka bersama-sama.
Hari kedua berpuasa di rumah emak saya nina kelihatan cukup letih dan lemah tapi saya suruh dia bertahan sehingga berbuka. Hari nie emak saya masak pelbagai jenis kuih antaranya kuih che mek molek, roti jala, pengat pisang, goreng pisang dan kuih cucur udang berserta kuah kacang. Alhamdullillah murah rezeki hari kedua kami sekeluarga berbuka puasa.
Hari ketiga saya dah nak balik ke KL. Anak buah saya hendak balik awal kerana ingin bersolat terawih. Pukul 2.00 petang saya bertolak balik ke KL. Emak saya bekalkan saya dengan Kuih Karipap yang belum goreng dan bubur som-som. Bestnya tak yah gie pasar ramadan cari kuih. Sampai di rumah lebih kurang pukul 5.30 petang saya masak ikan tenggiri masak kari untuk lauk berbuka dan sahur nanti.

Wednesday, August 19, 2009

Pengalaman Berjumpa En. Suami











Setelah hampir 3 bulan En. Suami mencari rezeki di Dubai. Saya berkesempatan melawat En. Suami di Dubai pada 22/1/2009 - 2/2/2009. Sebenarnya saya nekad untuk pergi berjumpa En. Suami seorang diri tanpa membawa 3 orang anak saya. Saya telah menempah tiket melalui Tabung Haji Travel. Saya naik flight GULF AIRWAY. Alhamdullillah perjalanan saya dipermudahkan oleh Allah kerana semasa tiba di KLIA saya berjumpa dengan seorang kawan yang juga hendak melawat suaminya di Dubai. Kami sentiasa kemana-mana bersama-sama. Flight Kami transit di Bahrain. Kami sempat makan MC Donald semasa transit. Perjalanan kami lebih kurang 8 jam. Alhamdullilah kami selamat sampai di Dubai. En. Suami telah telah pun menunggu saya di Dubai International Airport. Gembira sungguh dapat jumpa En. Suami. Semasa saya berada di Dubai adalah musim sejuk maka kena pakai baju tebal skit. Saya rasa seperti bermimpi kerana akhirnya saya dapat menjejaki ke Dubai. kebetulah semasa saya datang ke ada Dubai Shopping Festival. En. Suami membawa saya jalan-jalan disemua shopping komplek yang ada di Dubai antaranya Dubai Shopping Mall, Burjuman Centre, Mall of the Emirates, Dubai Marina, Ibn Battuta Mall, Madinat Jumeirah dan Wafi Shopping Mall. Boleh dikatakan semua shopping mall di Dubai jual barang yang branded dan mahal-mahal. Tapi kalau datang masa Dubai Shopping Festival harga semua barang ada diskaun banyak tak sama dengan kat Malaysia. Saya banyak shopping baju anak-anak. Kalau kat Malaysia jenama Adams, Pumkin Patch, Okaidi dan Mother Care kalau ada diskaun pun sikit aje. Kat Dubai baju budak-budak banyak diskaunnya. En. Suami juga bawa saya melawat Burj Al Arab dan Dubai Festival City. Saya juga sempat makan bersama En. Suami di Zaina Restaurant. Kami makan Nasi Mandy yang sedap disitu. Saya juga membeli kain pasang di souk di Diera. En Suami juga hadiahkan saya sebentuk cincin Dymond White Gold yang kami pergi beli di Gold Souk. Terima kasih En. Suami tersayang. Sebenarnya banyak kenangan yang indah sepanjang saya berada di Dubai. Saya rasa Dubai adalah sebuah negara yang membangun dan canggih. Perjalanan balik saya pun Alhamdullillah dipermudahkan apabila saya juga berjumpa dengan kawan-kawan yang mempunyai tujuan yang sama balik ke Malaysia.

Tuesday, August 18, 2009

Selamat Berpuasa

Do'a Malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut":

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang mengaminkan adalah
Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Hadiah dari En. Suami

Sejak En. Suami mencari rezeki kat Dubai dan juga Abu Dhabi banyak jugak hadiah yang dibelikan oleh En. Suami untuk saya dah anak-anak. Biasanya En. Suami kirim hadiah kalau ada kawan-kawan yang nak balik Malaysia. En. Suami memang suka belikan nina, dini, hamizan baju. Saya juga En. Suami banyak belikan baju. Hadiah yang paling Special En. Suami belikan saya adalah beg tangan dan wallet jenama Nine West. Saya rasa warna hijau tua yang dipilih oleh En. Suami sangat unik dan cantik sekali. Terima Kasih banyak kepada En. Suami tersayang. Nanti boleh belikan lagi ya.


Sunday, August 16, 2009

Pergi Rumah Kawan

Malam sabtu kak ema telefon ajak pergi banting untuk menghantar ayah dan ibunya kerumah mereka. Kami bercadang untuk pergi kerumah ida yang juga terletak di Banting. Hari sabtu lebih kurang pukul 1.00 tengahari kak ema datang mengambil saya dan anak-anak terus menuju ke banting. kami singgah sebentar di kedai untuk makan tengahari. Kami sampai dirumah ayah dan ibu kak ema lebih kurang pukul 3.00 ptg. Selepas itu kami teruskan perjalanan mencari rumah ida kerana ini pertama kali kami datang ke rumah ida. Saya menelefon ida dan berjanji berjumpa di bus stop depan tesco banting. Tidak lama selepas itu ida datang mengambil kami dan terus menuju kerumahnya. Cantik sungguh rumah ida. Banyak pokok buah dan pokok bunga yang semua segar. Kami dihidangkan dengan bermacam-macam makanan yang semuanya sedap-sedap belaka. Ida juga menjual kuih raya. Saya dan kak ema sempat menempah kuih raya dengan ida. Setelah puas berbual dan berborak dengan ida kami pun meminta izin untuk bertolak balik ke rumah.
Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke rumah ila yang terletak di Sri Petaling. Saya membelikan KFC untuk dimakan beramai-ramai. Seronok dapat pergi rumah ila sebab rumah dia ada swimming pool. Saya memang dah bawa baju mandi budak-budak kerana kak ema memang dah beritahu nak pergi rumah ila. Sampai rumah ila kami dihidangkan dengan bubur kacang dan jemput2 bilis yang sedap dan lembut. Pada mula ila mengajak kami semua tengok wayang dekat The Mines. Tapi semua cerita dah fully booked tinggal pukul 11.00 malam sahaja. Maka kami cadang pergi ke pool sahaja. Budak-budak lelaki besar semua pergi Cyber Cafe. Saya, kak ema, ila dan budak-budak semua mandi pool. Oh seronoknya dapat mandi pool. Selesai mandi lebih kurang pikul 10.30 malam kak ema hantar saya balik kerumah. Saya rasa amat seronok dapat berjumpa dan kenal dengan mereka semua.

Friday, August 14, 2009

Jumpa Kawan Yang Senasib

Mesti pelik tengok tajuk kat atas. Hari Jumaat waktu rehat saya telah pergi ke KL Sentral untuk berjumpa dengan Kak Ema dan Hezra. Kak Ema dan Hezra adalah kawan saya yang suami-suami mereka bekerja di Abu Dhabi. Saya dah banyak kali jumpa Kak Ema tetapi Hezra adalah pertama kali jumpa. Seronok dapat jumpa dan kenal mereka. Kami makan di Warong Kita di KL Sentral. Sedap juga makanan kat situ paling sedap Nasi Impit Rendang Ayam.

Wednesday, August 5, 2009

Hari Keluarga Di Langkawi











Setiap tahun Jabatan Undang-Undang akan mengadakan sambutan Hari Keluarga. Tahun 2008 kami pergi ke Melaka. Setelah berbincang kami semua sepakat untuk pergi ke Langkawi. Saya, kak tini, kak du, Yusri dan rina telah pun booking tiket flight Air Asia ke langkawi. Kami dibahagikan kepada 2 group. Group 1 saya dan kak tini pergi pada 31/7/2009 sehingga 2/8/2009 sementara group 2 kak du, yusri dan rina pergi pada 1/8/2009 sehingga 3/8/2009. Jabatan kami tidak boleh kosong kerana puan dan aida sahaja yang tidak pergi. Saya pergi membawa semua anak-anak saya dan juga bibik. Alhamdullillah sepanjang perjalanan pergi flight dan cuaca semua OK. Anak-anak saya semua seronok dapat naik kapal terbang walaupun bukan pertama kali. Sampai diLangkawi saya dan kak tini telah menyewa sebuah van KIA Pregio untuk 2 hari dengan bayaran RM240.00. Kami menginap di Hotel Helang. Saya sangat berpuas hati dengan bilik yang disediakan sangat besar dan ada 2 buah katil queen size. Hotel pun kami booking guna online dapat harga murah untuk 3 hari 2 malam RM122.00. Hari pertama kami semua berjalan-jalan disekitar pulau langkawi dan menikmati makan malam Di Pantai Cenang. Kami juga pergi pekan kuah untuk membeli coklat, gajus, ikan bilis dan sebagainya. Saya juga telah membeli satu set jag air beserta cawan di kedai RAM. Petang kami kembali semula ke hotel untuk acara anak-anak mandi kolam. Anak-anak kalau kita bawa pergi bercuti mesti agenda pertama mereka adalah mandi kolam. Itu sahaja aktiviti yang paling menggembirakan mereka. Setiap pagi kami bersarapan di gerai-gerai tepi jalan sambil menikmati nasi lemak bungkus 1 ringgit. Kami juga pergi ke Idaman Suri untuk membeli belah. Pada hari sabtu group 1 dan group 2 berjumpa kami semua pergi melawat Makam Mahsuri, Laman Padi dan Air Terjun. Pada pandangan saya banyak tempat di Pulau Langkawi telah ditutup antaranya Kampung Buku Malaysia dan Lagenda Park. Kalau pergi langkawi mesti kena rasa laksa langkawi kami makan laksa mak limah di area Makam Mahsuri.

Sambutan Hari Lahir Nur Husnina binti Norishak












29.7.2009 tarikh hari lahir nina yang ke tujuh tahun. Setiap tahun kami sekeluarga meraikan hari lahir nina. Saya bercadang membawa nina, dini, hamizan, bibik dan karim keluar makan-makan. Tahun ni En. Suami tak dapat joint kerana bertugas di Abu Dhabi. Pada waktu rehat saya keluar pergi ke KLCC untuk membeli hadiah anak-anak saya. Seperti biasa saya mesti kena beli hadiah untuk ketiga-tiga anak saya kerana mereka masih kecil dan seronok kalau semua dapat hadiah. Puas satu KLCC saya survey hadiah akhirnya saya belikan hadiah Barbie untuk Nina dan Dini kereta untuk Hamizan di Isetan. Hadiah yang saya beli agak besar. Saya balik naik motor maka tak sesuai saya bawa hadiah itu naik motor. Saya menelefon anak buah saya supaya membawa anak-anak dan bibik datang ke Ampang Park. Kami semua menyambut hari lahir Nina di McDonald Ampang Park. Saya membelikan nina sebijik kek buah di King dan makan burger McDonald. Anak-anak saya seronok dapat main permainan yang ada di McDonald.